Connect with us

Terkini

Undi berdasarkan kualiti calon, bukan parti – Mufti Perlis

KUALA LUMPUR – Undilah kerana kualiti calon dan bukannya bersandarkan parti politik diwakili.

Wartawan TMT

Published

on

Undi berdasarkan kualiti calon, bukan parti - Mufti Perlis
Foto: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
  • Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan pengundi memilih calon berkualiti dan bukannya bersandarkan parti politik diwakilinya.
  • “Jika rakyat mengundi berdasarkan kualiti calon, pasti rakyat akan menghantar ahli-ahli politik berkualiti ke parlimen dan DUN. Juga mengajar parti-parti supaya jangan sebarangan meletakkan calon.”
  • Jika rakyat undi nama parti, pasti terdapat calon-calon tidak berkualiti dihantar ke parlimen dan DUN. 
  • Ini mengizinkan berlaku dominasi parti politik tertentu yang akan membawa kepada penyelewengan seperti yang pernah berlaku.

 

KUALA LUMPUR – Undilah kerana kualiti calon dan bukannya bersandarkan parti politik diwakili.

Itu peringatan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin kepada pengundi dalam hantaran Facebooknya menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) esok.

Beliau berkata untuk membawa kehidupan bernegara maju ke hadapan, setiap pengundi perlu membuat kajian tentang kualiti calon bertanding di tempat mereka sebelum memilih dengan matang dan jujur.

“Jika rakyat mengundi berdasarkan kualiti calon, pasti rakyat akan menghantar ahli-ahli politik yang berkualiti ke parlimen dan DUN. 

“Juga rakyat akan mengajar parti-parti supaya jangan sebarangan ketika meletakkan calon.

“Namun, jika rakyat mengundi berdasarkan nama parti, pasti terdapat calon-calon yang tidak berkualiti dihantar ke Parlimen dan DUN. 

“Ini juga akan mengizinkan berlaku dominasi parti politik tertentu yang akan membawa kepada penyelewengan seperti yang pernah berlaku,” katanya.

PRU15 mencatat sejarah tersendiri apabila 945 calon disahkan layak bertanding untuk merebut 222 kerusi Parlimen di seluruh negara, sekali gus menjadikannya calon teramai dalam rekod pilihan raya negara.

Sumber : Facebook DR MAZA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kenyataan ekonomi terjejas akibat gerakan boikot tidak tepat — Pengerusi BDS Malaysia

Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail.
  • Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata kenyataan itu tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain serta peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.
  • Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.
  • Katanya, terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.
  • “Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

KUALA LUMPUR — Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Pengerusinya, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata ia tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain.

Selain itu, peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.

“Bukan susah untuk kutuk kezaliman Israel. Saya pun hairan kenapa ada syarikat yang masih enggan lakukan benda yang baik ini.

“Jika mereka kutuk kezaliman Israel secara jelas dan terbuka, saya yakin pengguna akan pergi balik ke kedai mereka,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP turut memuat naik tangkap layar artikel berita Cina bertajuk, ‘Gelombang boikot menyebabkan pekerja KFC dipotong gaji, pendapatan bulanan pasangan RM600 untuk menyara 3 anak’.

Foto: Tangkap layar ciapan Nga Kor Ming.

Mengulas lanjut, Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.

Malah, katanya terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.

“Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel. 

“Keluar dari Israel. Atau keluarkan kenyataan mengutuk kezaliman Israel di Gaza,” kata pengerusi BDS Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending