Connect with us

Terkini

Tiada rundingan rasmi, terima kunjungan PH sebagai ‘tetamu’ – Ismail Sabri

Pemimpin Barisan Nasional (BN) dilihat masih berdolak dalih berhubung pembentukan kerajaan campuran antara gabungan parti itu dan Pakatan Harapan (PH) walaupun sudah jelas kelihatan mereka mengadakan pertemuan bersama di Hotel Seri Pacific, di sini. 

Wartawan TMT

Published

on

Tiada rundingan rasmi, terima kunjungan PH sebagai ‘tetamu’ - Ismail Sabri
Foto: Datuk Seri Ismail Sabri
  • Pemimpin BN dilihat masih berdolak dalih berhubung pembentukan kerajaan campuran antara parti itu dan PH.
  • Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, mereka menerima kunjungan pemimpin PH sebagai ‘tetamu’.
  • “Tidak bincang apa..tak berunding… tetamu datang rumah kita layan, borak biasa.
  • “Rundingan dengan PN ke dengan PH ke semua tak buat lagi.
  • “Ye lah, dia (PH) datang takkan kita tak layan. kita borak borak, salam salam macam biasa,” kata Ismail Sabri.

 

KUALA LUMPUR: Pemimpin Barisan Nasional (BN) dilihat masih berdolak dalih berhubung pembentukan kerajaan campuran antara gabungan parti itu dan Pakatan Harapan (PH) walaupun sudah jelas kelihatan mereka mengadakan pertemuan bersama di Hotel Seri Pacific, di sini. 

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika ditemui pemberita berkata, tiada rundingan rasmi dengan PH dibuat di Hotel Seri Pacific ini, sebaliknya mereka menerima kunjungan pemimpin pakatan itu sebagai ‘tetamu’. 

Malah beliau berkata, sehingga kini akuan bersumpah (SD) bagi menamakan calon Perdana Menteri juga belum ditandatangani. 

Katanya, BN juga sudah meminta penangguhan penyerahan SD kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.

“Tidak bincang apa..tak berunding… tetamu datang rumah kita layan, borak biasa. 

“Rundingan dengan Perikatan Nasional (PN) ke dengan PH ke semua tak buat lagi.

“Ye lah, dia (PH) datang takkan kita tak layan. kita borak borak, salam salam macam biasa,” katanya kepada pemberita, di sini.

 

Sumber: Berita Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Pintas serangan Iran, hubungan Jordan-Israel masih kukuh?

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) & Raja Jordan, king Abdullah II ibn Al-Hussein (kanan).
  • Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.
  • Felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata,campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan.Sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel. – Ghaith al-Omari
  • Pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Menurut portal berita online zionis, Times Of Israel, walaupun bantuan ketenteraan yang diberikan Amman kepada Israel mengejutkan ramai penduduknya namun ia tetap disambut penuh semangat di negara jajahan Yahudi tersebut.

Bagi sesetengah pengulas, campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan. Ghaith al-Omari, warga asal Jordan yang juga seorang felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata, sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel.

“Walaupun terdapat ketegangan politik antara Jordan dan Israel, hubungan ketenteraan dan perisikan tidak pernah berhenti,” katanya. 

“Sebenarnya, semakin politik memburuk, semakin rapatlah tentera, kerana mereka berdua memahami keperluan untuk mengekalkan hubungan ini. Ini sebahagian daripada doktrin ketenteraan Jordan dan doktrin ketenteraan Israel,” kata al-Omari dipetik TOI.

Seorang pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Jelasnya, apa yang berlaku pada malam Sabtu lalu, tidak boleh dikira sebagai mempertahankan Israel, sebaliknya mempertahankan kedaulatan Jordan dan ruang udara negara tersebut.

Pada 1994, Jordan menjadi negara Arab kedua yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel (selepas Mesir pada 1979). Jordan melihat dirinya sebagai penjaga tapak suci umat Islam di Kota Lama Baitulmaqdis termasuk perkarangan Al-Aqsa dan kedua-dua negara itu juga mempunyai kerjasama keselamatan dan perisikan yang kukuh. 

Hubungan itu bagaimanapun mulai tegang sejak tercetusnya Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober tahun lalu.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending