Connect with us

Terkini

‘Saya buat keputusan dalam masa terdekat,’- YDPA

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah baginda akan membuat keputusan berkaitan pelantikan Perdana Menteri ke-10 dalam masa terdekat. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

‘Saya buat keputusan dalam masa terdekat,’- YDPA
Foto: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
  • Yang di-Pertuan Agong, bertitah akan membuat keputusan berhubung pelantikan PM ke-10 dalam masa terdekat.
  • “Rakyat perlu menerima segala keputusan yang dibuat oleh rakyat, wakil rakyat dan Yang Dipertuan Agong.
  • “Saya baru balik, nak tengok siapa ada majoriti, mudah-mudahan Insya-Allah,” titah baginda.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah baginda akan membuat keputusan berkaitan pelantikan Perdana Menteri ke-10 dalam masa terdekat. 

Sehubungan itu, baginda menitahkan rakyat untuk memberi masa kepada baginda dalam membuat keputusan berkenaan. 

Baginda juga mengingatkan supaya rakyat bersabar dan bersifat rasional selain perlu bergerak ke hadapan untuk negara tercinta.

“Rakyat perlu menerima segala keputusan yang dibuat oleh rakyat, wakil rakyat dan Yang Dipertuan Agong.

“Itu sahaja, biar saya buat keputusan dalam masa terdekat ini,” titah baginda ketika bertemu pengamal media di hadapan pintu dua, Istana Negara, hari ini.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda yang memandu sendiri kenderaan utiliti sukan (SUV) Hyundai berwarna putih memasuki pintu dua Istana Negara sekitar jam 2.20 petang.

Dalam masa sama, baginda bertemu petugas media dan mengingatkan rakyat untuk terus bersabar. 

“Saya baru balik, nak tengok siapa ada majoriti, mudah-mudahan Insya-Allah,” jelas baginda.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *