Connect with us

Terkini

PN tolak pembentukan kerajaan perpaduan bersama PH

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan dalam pembentukan kerajaan perpaduan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PN tolak pembentukan kerajaan perpaduan bersama PH
Foto: Sidang media di persekitaran kediaman Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR :Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan dalam pembentukan kerajaan perpaduan.

Bercakap kepada media di kediamannya di Bukit Damansara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara sebentar tadi beliau berkata, umum sudah tahu mengapa parti itu menolak cadangan tersebut.

“Tuanku mencadangkan PN bekerjasama dengan PH untuk bentuk kerajan perpaduan tetapi kami telah berbincang sejak awal bahawa kami tidak akan bekerjasama dengan PH atas apa tujuan sekali pun.Umum tahu apa sebabnya,”kata beliau.

Tan Sri Muhyidin turut memaklumkan bahawa semalam Perikatan Nasional telah menyerahkan 115 surat akuan berkanun (SD) terdiri daripada ahli parlimen pelbagai gabungan parti yang menyatakan sokongan terhadapnya sebagai perdana menteri.

“Saya nak menjelaskan semalam kami telah serahkan SD secara online dokumen yang diperlukan istana bahawa PN dengan gabungan parti lain berjumlah 115 dengan sokongan SD. Setiasusaha sulit kanan YDPA juga telah mengesahkan penerimaan dokumen tersebut,” jelasnya.

Author