Terkini
Pemuda PN tolak budaya, mesej kebencian
Pemuda Perikatan Nasional (PN) menolak sekeras-kerasnya budaya kebencian yang menular di media sosial, khususnya di Twitter, pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

- Pemuda PN menolak sekeras-kerasnya budaya kebencian seperti ditularkan di Twitter semalam, kata Ketua Penerangan 1 Pemuda Perikatan yang juga Ketua Penerangan Armada Bersatu, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir.
- Menurutnya, segelintir penyokong risau dengan polarisasi politik yang dibakar oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
- “Justeru mewakili suara anak muda khususnya dalam parti Melayu yang moderat dan progresif kita menolak sekerasnya budaya kebencian ini,” kata Mohd Ashraf.
- PN juga menolak sebarang budaya dan bentuk mesej yang memecah-belahkan kaum dan agama, tegas beliau.
KUALA LUMPUR – Pemuda Perikatan Nasional (PN) menolak sekeras-kerasnya budaya kebencian yang menular di media sosial, khususnya di Twitter, pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Penerangan 1 Pemuda Perikatan yang juga Ketua Penerangan Armada Malaysia, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata pihaknya tidak menafikan terkadang ada dalam kalangan penyokong terbawa-bawa dengan sentimen atas kerisauan tertentu disebabkan polarisasi politik.
Katanya, polarisasi politik sejak sekian lama itu dibakar pihak tidak bertanggungjawab.
“Justeru mewakili suara anak muda khususnya dalam parti Melayu yang moderat dan progresif kita menolak sekerasnya budaya kebencian ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Foto: Tangkap layar ‘group whatsapp’ penerangan media PN
Mohd Ashraf berkata demikian sebagai reaksi mesej kebencian dibuat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam kumpulan WhatsApp PN Penerangan Media petang semalam.
Individu dikenali sebagai Pidut didakwa membawa naratif propaganda kebencian dalam aplikasi media itu.
Mohd Ashraf menegaskan PN tidak pernah sama sekali membawa naratif berbaur perkauman.
“Jelas dalam Perikatan Nasional ada berbilang kaum dan agama serta pegangan yang saling menghormati sebegitu atas semangat integrasi, kemakmuran dan konsosiasionalisme politik selaku teras.
“Kami menolak sama sekali sebarang budaya dan bentuk mesej yang memecah-belahkan kaum dan agama.
“Islam melarang sama sekali penganutnya untuk berbuat rasis sebegitu kepercayaan lain dalam dunia dan teras yang didakap menerusi Rukun Negara adalah sandaran kami,” katanya.
Mengelakkan kontroversi dalam kalangan petugas media, individu terbabit (Pidut) telah dibuang daripada kumpulan WhatsApp itu petang semalam. – The Merdeka Times
