Connect with us

Terkini

PAS tolak DAP kerana bersifat cauvinis, jelmaan PAP

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, mendakwa mereka enggan kembali bekerjasama dengan DAP disebabkan parti itu bersifat ekstrem, cauvinis serta jelmaan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura. 

Wartawan TMT

Published

on

PAS tolak DAP kerana bersifat cauvinis, jelmaan PAP
Foto: Tan Sri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS
  • Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa mereka enggan kembali bekerjasama dengan DAP disebabkan parti itu bersifat ekstrem, cauvinis serta jelmaan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura. 
  • “Tun (Dr Mahathir) mengemukakan cadangan untuk membuat pakatan yang ada DAP, PKR, AMANAH bergabung untuk menjatuhkan BN pada PRU, tetapi saya tidak setuju,” katanya yang baru keluar Pakatan Rakyat waktu itu.
  • Abdul Hadi berkata, ketika menjadi kerajaan, PH dilihat memulakan tindakan serta kenyataan yang menggugat sensitiviti bangsa dan agama Islam dan perkara itu membentuk kerjasama bersama UMNO.
  • “Mereka memulakan Konvensyen ICERD yang dilihat mahu menghapuskan peranan agama dan rumpun bangsa,” katanya.

 

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, mendakwa mereka enggan kembali bekerjasama dengan DAP disebabkan parti itu bersifat ekstrem, cauvinis serta jelmaan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura. 

Beliau berkata, ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengajak PAS untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR, namun ia ditolak disebabkan PAS baru saja keluar Pakatan Rakyat. 

“Tun (Dr Mahathir) mengemukakan cadangan untuk membuat pakatan yang ada DAP, PKR, AMANAH bergabung untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN). 

“Tetapi saya tidak setuju, saya beritahu (pada Dr Mahathir) kita baru saja keluar sebab bercanggah dengan parti itu. Tidak betul untuk masuk semula selepas dah keluar.

“DAP adalah parti yang cauvinis jelmaan PAP di Singapura. DAP juga adalah parti yang sangat ekstrem dan saya terangkan kenapa kita menolak parti itu,” katanya dalam ceramah Jelajah Perdana PN Best yang disiarkan di laman Facebooknya, semalam. 

Abdul Hadi berkata, ketika menjadi kerajaan, Pakatan Harapan (PH) dilihat memulakan tindakan serta kenyataan yang menggugat sensitiviti bangsa dan agama Islam dan perkara itu membentuk kerjasama bersama UMNO.

“Mereka memulakan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang dilihat mahu menghapuskan peranan agama dan rumpun bangsa. Mereka tahu sekiranya mengundi di Parlimen, ia akan kalah. 

“Jadi saya bangun di Parlimen mengatakan demokrasi bukan saja di Parlimen, demokrasi bukan saja di pilihan raya, tetapi rakyat turun di jalan raya dan ia disambut dengan takbir oleh rakan-rakan UMNO. Selepas itu kita anjurkan perhimpunan,” katanya. 

Beliau berkata, hubungan antara UMNO dengan BERSATU berdepan kesukaran disebabkan UMNO beberapa kali menyatakan enggan bekerjasama dengan BERSATU. 

“Kami mempunyai pandangan untuk mengumpulkan Ahli Parlimen sekurang-kurangnya mendapatkan majoriti mudah 112 kerusi Parlimen. Kami ajak BERSATU dan ajak UMNO dan bila UMNO buat perhimpunan, kami juga hadir tetapi tiba-tiba mereka kata hanya PAS dan UMNO saja. 

“Tetapi saya katakan ia tidak boleh dan perlu bergabung dengan BERSATU serta parti-parti lain di Sabah dan Sarawak. Tetapi mereka membuat kacau bergaduh pula dengan PH, bertujuan untuk lepaskan kes-kes mahkamah dan mahu mengambil peluang, tetapi ia tidak berjaya. 

“Sekali lagi mereka mahukan PAS dan UMNO saja, tetapi saya katakan tak boleh jika mahu selamatkan rakyat. Selepas itu kita jumpa pada hari Rabu mereka beri tempoh sehingga 12 tengah malam untuk memberi persetujuan. “Bila kita berbincang kita buat keputusan untuk bersama BERSATU bagi membentuk Perikatan Nasional (PN),” katanya.

 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending