Connect with us

PRU-15

Muhyiddin dan Anwar dititah menghadap Agong- Istana Negara

Ketua parti gabungan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan dititah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada pukul 4.30 petang ini di Istana Negara.

Wartawan TMT

Published

on

Muhyiddin dan Anwar dititah menghadap Agong- Istana Negara
Foto: Dato' Seri Anwar Ibrahim (kanan), Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin (kiri)
  • Ketua parti PN dan PH dititah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada pukul 4.30 petang ini di Istana Negara.
  • Menurut kenyataan Istana Negara, walaupun pencalonan PM ke-10 sudah dilakukan, namun masih belum mendapat keputusan majoriti mudah.
  • “Baginda menyeru seluruh rakyat bersabar dan mengajak bersama mendoakan agar negara dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah,” katanya.

KUALA LUMPUR – Ketua parti gabungan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan dititah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada pukul 4.30 petang ini di Istana Negara.

Ini susulan kedua-dua parti berkenaan gagal mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Istana Negara memaklumkan perkara tersebut dalam satu kenyataan di sini hari ini.

“Bersama dengan pemakluman tersebut, ketua parti-parti politik dan ketua gabungan parti-parti politik berkenaan turut mengemukakan pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 kepada Istana Negara sepertimana yang telah diminta dengan kerjasama Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun pada 20 November 2022.

“Lanjutan daripada penerimaan pencalonan nama Perdana Menteri tersebut, proses pengesahan calon Perdana Menteri yang memperoleh kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat telah dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Proses ini adalah bertujuan supaya baginda dapat membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Kenyataan itu berkata, walaupun pencalonan Perdana Menteri ke-10 bagi kedua-dua parti gabungan itu sudah dilakukan, namun masih belum mendapat keputusan untuk membentuk kerajaan.

Advertisement

“Memandangkan tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah, maka Seri Paduka Baginda menitah perkenan untuk ketua-ketua gabungan PH dan PN menghadap pada jam 4.30 petang ini di Istana Negara.

“Baginda menyeru dan menasihati seluruh rakyat bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 selesai.

“Baginda mengajak rakyat bersama mendoakan agar negara dan rakyat sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah,” katanya. – The Merdeka Times.

PRU-15

Saingan 6 penjuru di Parlimen Padang Serai 

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Padang Serai yang ditangguhkan sebelum ini, akan menyaksikan persaingan enam penjuru.

Wartawan TMT

Published

on

Saingan 6 penjuru di Parlimen Padang Serai 
Foto (dari kiri): Dr Mohamad Sofee Razak (Pakatan Harapan), Datuk C. Sivarraajh (Barisan Nasional), Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional), Hamzah Abd Rahman (Pejuang), dan Sreananda Rao (Bebas).
  • PRU15 kerusi Parlimen Padang Serai yang ditangguhkan sebelum ini, akan menyaksikan persaingan enam penjuru.
  • Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Padang Serai, Datuk Abdul Bari Abdullah umumkan perkara tersebut setelah tempoh penamaan calon ditutup jam 10 pagi tadi.
  • Antara calon yang terlibat adalah Datuk Azman Nasrudin (PN), Datuk Sivarraajh Chandran (BN), Hamzah Abdul Rahman (PEJUANG); Dr Mohamed Sofee Razak dari (PH), calon Bebas, Sreanandha Rao dan Mohd Bakri Hashim mewakili WARISAN.
  • Undi bagi Parlimen Padang Serai ditangguh susulan kematian calon PH iaitu M Karupaiya pada 16 November lalu.
  • SPR menetapkan hari pengundian pada 7 Disember dan pengundian awal 3 Disember, serta tempoh berkempen selama 13 hari.

KULIM: Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Padang Serai yang ditangguhkan sebelum ini, akan menyaksikan persaingan enam penjuru.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Padang Serai, Datuk Abdul Bari Abdullah, mengumumkan perkara itu selepas tempoh penamaan calon ditutup jam 10 pagi tadi.

Enam calon terbabit ialah Datuk Azman Nasrudin dari Perikatan Nasional (PN); Datuk Sivarraajh Chandran dari Barisan Nasional (BN); Hamzah Abdul Rahman (PEJUANG); Dr Mohamed Sofee Razak dari Pakatan Harapan (PH); calon Bebas, Sreanandha Rao dan Mohd Bakri Hashim mewakili WARISAN.

Pengundian bagi kerusi Parlimen Padang Serai ditangguhkan susulan kematian calon yang telah disahkan bertanding sebelum ini iaitu M Karupaiya daripada PH pada 16 November lalu dipercayai akibat serangan jantung dan komplikasi kesihatan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 7 Disember depan dan pengundian awal 3 Disember, dengan tempoh berkempen selama 13 hari hingga jam 11.59 malam 6 Disember bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding.

Sumber: Berita Harian

 

Advertisement
Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending