Connect with us

Terkini

Muda mahu rombak sistem pendidikan negara ‘dua darjat’

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) memberi tumpuan dan keutamaan kepada isu sistem pendidikan negara sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

Wartawan TMT

Published

on

Muda mahu rombak sistem pendidikan negara 'dua darjat'
Foto: Syed Saddiq semasa berucap ketika Ceramah Mega PH di pekarangan Bilik Gerakan Muda Tanjong Karang, sumber Sinar Harian.
  • Isu sistem pendidikan negara merupakan tumpuan dan keutamaan Muda sepanjang kempen PRU15.
  • Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, semua parti politik perlu ambil cakna berhubung masalah ini kerana Malaysia jauh ketinggalan berbanding negara lain.
  • Ujarnya, keadaan ini perlu dirombak segera bagi mengurangkan jurang pendidikan agar peluang sama rata dapat diberikan kepada semua peringkat golongan dan tiada pelajar tercicir.
  • “Kita perlu bekerja keras dan sedaya upaya untuk memenangi kesemuanya serta cuba sebaik mungkin dan serahkan kepada rakyat,” kata Syed Saddiq.

TANJONG KARANG – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) memberi tumpuan dan keutamaan kepada isu sistem pendidikan negara sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, isu sistem pendidikan di negara ini wajib diberi tumpuan oleh semua parti politik.

Menurutnya, laporan peringkat antarabangsa dan kerajaan sendiri menunjukkan berlaku kelemahan sistem pendidikan negara yang jauh ketinggalan berbanding di negara lain.

 “Sistem pendidikan negara ketika ini dua darjat yang mana golongan elit yang menentang dasar dan tidak mahu membawa perubahan pada sistem pendidikan menghantar anak mereka ke sekolah swasta, antarabangsa, Perancis dan United Kingdom,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas Ceramah Mega Pakatan Harapan (PH) di pekarangan Bilik Gerakan Muda Tanjong Karang pada malam Isnin. 

Syed Saddiq berkata, golongan sama yang menghalang perubahan pendidikan inilah mencetuskan sistem pendidikan dua darjat di negara ini.

Katanya, keadaan itu perlu dirombak segera bagi mengurangkan jurang pendidikan agar peluang sama rata dapat diberikan kepada semua peringkat golongan dan tiada pelajar tercicir.

“”Perlaksanaan ini mestilah bermula di peringkat awal kanak-kanak lagi dan diteruskan di peringkat universiti,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, Muda menyasarkan semua kerusi ditandingi pada PRU15 dimenangi parti itu untuk membawa agenda perubahan kepada negara. 

“Kita perlu bekerja keras dan sedaya upaya untuk memenangi kesemuanya serta cuba sebaik mungkin dan serahkan kepada rakyat,” kata beliau.

Sumber: Sinar Harian

 

Author

Terkini

Johor tubuh jawatankuasa bertindak tangani penyalahgunaan kalimah Allah

Satu jawatankuasa bertindak ditubuhkan di peringkat negeri Johor bagi menangani isu berkaitan penyalahgunaan kalimah Allah.

Avatar

Published

on

Foto: Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid (kiri) & Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (kanan).
  • Satu jawatankuasa bertindak ditubuhkan di peringkat negeri Johor bagi menangani isu berkaitan penyalahgunaan kalimah Allah.
  • Penubuhan Jawatankuasa Bertindak Bagi Menangani Penyalahgunaan Kalimah Allah diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid dalam satu kenyataan bersama semalam.
  • Jawatankuasa itu dipengerusikan Mohd Fared dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.
  • Sebelum ini, JAINJ merampas 11 alas kaki tertera gambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya di Batu Pahat susulan aduan orang awam.
  • Pada Mac lalu, KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Mart) menjadi tumpuan susulan pembongkaran beberapa pasang stoking tertera kalimah Allah dijual di sebuah rangkaian kedainya.
  • Tidak beberapa lama selepas itu, tular dalam laman sosial berhubung kes tulisan didakwa menyerupai kalimah Allah pada tapak kasut wanita.

KUALA LUMPUR – Satu jawatankuasa bertindak ditubuhkan di peringkat negeri Johor bagi menangani isu berkaitan penyalahgunaan kalimah Allah.

Penubuhan Jawatankuasa Bertindak Bagi Menangani Penyalahgunaan Kalimah Allah diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid dalam satu kenyataan bersama semalam.

Jawatankuasa itu dipengerusikan Mohd Fared dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.

Kenyataan itu berkata semua Dewan Perniagaan, Persatuan Perdagangan Dan Kumpulan Industri hendaklah memberikan komitmen tinggi supaya isu sama tidak berulang.

“Kempen kesedaran masyarakat dalam menjaga kepentingan memelihara kehormatan hidup masyarakat berbilang kaum hendaklah sentiasa disuburkan.

“Ini tanpa menidakkan pemantauan berterusan dari semua agensi penguatkuasaan sama ada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri,” katanya kenyataan bersama itu.

Kenyataan itu turut menegaskan bahawa kerajaan memandang serius terhadap beberapa insiden yang berlaku sejak kebelakangan ini melibatkan sensitiviti umat Islam. 

Katanya, ia semakin membimbangkan kerana menggugat keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini. 

“Ia bermula dengan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah yang dijual oleh pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, isu logo kasut yang didakwa mirip kalimah Allah yang dijual oleh pihak Vern’s Holding Sdn Bhd dan yang terkini isu penjualan sejadah mini dengan tanda label yang mengelirukan dijual di AEON BiG (M) Sdn Bhd (AEON Big) yang dibekalkan oleh A&R Fashion Collection (A&R).

“Perkara ini telah diambil tindakan sewajarnya oleh pihak polis terhadap pihak-pihak yang terlibat berlandaskan undang-undang di negara ini.

“Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan isu-isu sebegini di masa akan datang,” katanya. 

Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) merampas 11 alas kaki tertera gambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya di Batu Pahat susulan aduan orang awam.

Pada Mac lalu, KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Mart) menjadi tumpuan susulan pembongkaran beberapa pasang stoking tertera kalimah Allah dijual di sebuah rangkaian kedainya.

Tidak beberapa lama selepas itu, tular dalam laman sosial berhubung kes tulisan didakwa menyerupai kalimah Allah pada tapak kasut wanita. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending