Connect with us

Terkini

Budaya debat secara beradab kini satu keperluan untuk anak muda – Fahmi

Membudayakan amalan berbahas atau berdebat secara beradab adalah satu keperluan buat golongan muda ketika ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Wartawan TMT

Published

on

Budaya debat secara beradab kini satu keperluan untuk anak muda - Fahmi
Foto: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil (kanan).
  • Membudayakan amalan berbahas atau berdebat secara beradab adalah satu keperluan buat golongan muda ketika ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
  • Beliau berkata ini penting kerana perdebatan secara beradab akan membantu anak muda melontarkan idea bernas dan jelas yang amat bermanfaat untuk pembangunan negara.
  • “Selain itu, ia penting untuk kesinambungan budaya demokrasi berparlimen dalam negara, jadi saya harap acara seperti ini dapat menjadi pencetus semangat untuk meneruskan budaya (demokrasi),” katanya.

KUALA LUMPUR — Membudayakan amalan berbahas atau berdebat secara beradab adalah satu keperluan buat golongan muda ketika ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata ini penting kerana perdebatan secara beradab akan membantu anak muda melontarkan idea bernas dan jelas yang amat bermanfaat untuk pembangunan negara.

“Selain itu, ia penting untuk kesinambungan budaya demokrasi berparlimen dalam negara, jadi saya harap acara seperti ini dapat menjadi pencetus semangat untuk meneruskan budaya (demokrasi),” katanya.

Fahmi berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyampaian anugerah bagi Kejohanan Debat Parlimen British Asia (ABP) 2023 di sini semalam.

Beliau berkata di Malaysia, sudah wujud beberapa platform untuk anak muda melontarkan idea dengan hujah bernas berkaitan pembangunan negara antaranya Parlimen Belia Malaysia dan Pidato Perpaduan. — BERNAMA 

Sumber: Bernama

Author

Antarabangsa

AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel

Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
  • Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
  • Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.

“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.

Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.

Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.

Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Advertisement

Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending