Connect with us

Terkini

Ada kelompok Islam ingin padamkan semangat, kefahaman jihad anak muda membebaskan Palestin

Semangat jihad yang hidup dalam jiwa anak muda dalam kalangan sahabat Nabi sangat tinggi, namun anehnya ada kelompok Islam hari ini yang ingin memadamkan semangat dan kefahaman jihad diperintahkan Allah dalam al-Quran.

Hidayah Sani

Published

on

Ada kelompok Islam ingin padamkan semangat, kefahaman jihad anak muda membebaskan Palestin
Foto: Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran Sunnah USIM, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi.
  • Semangat jihad yang hidup dalam jiwa anak muda dalam kalangan sahabat Nabi sangat tinggi, namun anehnya ada kelompok Islam hari ini yang ingin memadamkan semangat dan kefahaman jihad diperintahkan Allah dalam al-Quran.
  • Melontarkan pandangan itu, Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran Sunnah USIM, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi berasa hairan bagaimana seorang Muslim boleh menolak proses penghayatan ruh jihad ke dalam jiwa anak-anak Muslim.
  • Sanusi turut mempersoalkan sama ada kelompok itu bersetuju dengan bukan Islam yang memandang negatif terhadap urusan jihad atau ada dalam kalangan Muslim sendiri sebenarnya menyokong agenda Yahudi.
  • “Tahukah anda bahawa Saidina al-Zubair bin al-Awwam pernah membawa anak kecilnya yang bernama Abdullah bin al-Zubair ke medan jihad ketika usianya 10 tahun? Ini bagi menanamkan ruh jihad di samping melatih anaknya membantu yang tercedera,” katanya menerusi hantaran di Telegram pada Ahad.
  • Beliau mengulas isu segelintir golongan liberal yang membantah pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin yang dianjurkan di sekolah kerana merasakan ia hanya akan melahirkan ekstremisme dalam kalangan kanak-kanak. 

KUALA LUMPUR — Semangat jihad yang hidup dalam jiwa anak muda dalam kalangan sahabat Nabi sangat tinggi, namun anehnya ada kelompok Islam hari ini yang ingin memadamkan semangat dan kefahaman jihad diperintahkan Allah dalam al-Quran.

Melontarkan pandangan itu, Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran Sunnah USIM, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi berasa hairan bagaimana seorang Muslim boleh menolak proses penghayatan ruh jihad ke dalam jiwa anak-anak Muslim.

Sanusi turut mempersoalkan sama ada kelompok itu bersetuju dengan bukan Islam yang memandang negatif terhadap urusan jihad atau ada dalam kalangan Muslim sendiri sebenarnya menyokong agenda Yahudi.

“Begitu tinggi semangat jihad yang hidup dalam jiwa anak-anak muda dalam kalangan sahabat Nabi ini. Anehnya kita pada hari ini ingin pula memadamkan semangat dan kefahaman jihad yang telah pun diperintahkan oleh Allah di dalam al-Quran. 

“Tahukah anda bahawa Saidina al-Zubair bin al-Awwam pernah membawa anak kecilnya yang bernama Abdullah bin al-Zubair ke medan jihad ketika usianya 10 tahun? Ini bagi menanamkan ruh jihad di samping melatih anaknya membantu yang tercedera. 

“Al-Imam al-Zahabi merekodkan: “Daripada Urwah, sesungguhnya al-Zubair akan menunggang bersama anaknya Abdullah bin al-Zubair pada hari perang Yarmuk ketika usianya 10 tahun. (Siyar A’ lam al-Nubala),” katanya menerusi hantaran di Telegram pada Ahad.

Beliau mengulas isu segelintir golongan liberal yang membantah pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin yang dianjurkan di sekolah kerana merasakan ia hanya akan melahirkan ekstremisme dalam kalangan kanak-kanak. 

Advertisement

Sanusi berkata masyarakat Muslim perlu mengetahui bahawa Rasulullah SAW menanamkan semangat jihad dalam jiwa anak-anak. 

Beliau berkata sebelum berlangsungnya perang Uhud, Rasulullah menolak ramai anak-anak yang belum mencapai usia 15 tahun untuk menyertai jihad, termasuk Usamah bin Zaid, Abdullah bin Umar, al-Barra bin Azib dan ramai lagi.

“Perhatikan bagaimana jiwa anak-anak muda ini berkobar-kobar untuk menyertai jihad. Tahukah anda bahawa Saidina Samurah bin Jundub telah pun ditolak untuk menyertai jihad sebelum berlangsungnya perang Uhud kerana usianya yang muda?

“Namun beliau tetap merayu agar diberikan peluang dan akhirnya Rasulullah membenarkan setelah beliau mempamerkan kehebatan bertarung di hadapan Rasulullah,” katanya yang turut memuat naik tangkap layar hantaran Facebook peguam dan aktivis kontroversi, Siti Kasim yang mengulas pelaksanaan program itu.

Foto: Tangkap layar hantaran Siti Kasim di Facebook.

Membantah pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin yang dianjurkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Siti Kasim memuat naik beberapa foto tangkap layar guru berkongsi momen murid sekolah menggayakan serban menutup wajah dan ikat kain di kepala yang tertera sokongan untuk Palestin berserta senjata replika.

“Ini adalah salah satu sebab kami membantah idea oleh kerajaan Madani ini untuk mengadakan apa yang dipanggil Solidariti dengan Palestin di sekolah. 

“Adakah kita melatih Jihadis sekarang di sekolah kita? Ada apa dengan senjata dan semua? Kelihatan cikgu itu cukup bangga dengan dirinya. Saya tidak pasti sama ada ibu bapa mereka menyedari perkara ini. Ini sakit! Benar-benar menjijikkan,” katanya dalam hantaran Facebook pada Jumaat. 

Advertisement

Terdahulu, KPM melarang sebarang penggunaan replika senjata, ikon dan simbol yang mengandungi elemen provokasi serta konfrontasi sepanjang Minggu Solidariti Palestin termasuk pihaknya tidak akan berkompromi dengan aktiviti berbentuk ekstremisme dan keganasan. 

KPM turut mengesahkan video tular di media sosial mengenai program di sekolah yang memaparkan unsur ekstremisme bagi menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin dianjurkan di luar tempoh waktu pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin dan tidak mengikuti panduan ditetapkan kementerian. — The Merdeka Times

Sumber : Telegram  Dr. Ahmad Sanusi Azmi, Facebook Siti Kasim

Author

Antarabangsa

AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel

Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
  • Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
  • Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.

“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.

Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.

Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.

Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Advertisement

Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending