Connect with us

Terkini

Tangguh pembentangan RUU kawalan produk merokok, KKM didakwa belakangkan keutamaan kesihatan rakyat

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) didakwa membelakangkan keutamaan kesihatan rakyat Malaysia khususnya anak muda apabila sekali lagi menangguhkan pembentangan RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023  pada sidang Parlimen kali ini.

Hidayah Sani

Published

on

Tangguh pembentangan RUU kawalan produk merokok, KKM didakwa belakangkan keutamaan kesihatan rakyat
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • KKM didakwa membelakangkan keutamaan kesihatan rakyat Malaysia khususnya anak muda apabila sekali lagi menangguhkan pembentangan RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023  pada sidang Parlimen kali ini.
  • Pengerusi I-Medik Kuala Lumpur, Dr Mohammad Faezuddin Shamsualharis berkata penangguhan kali ini dilihat amat mustahak memandangkan KKM juga mengeluarkan cecair nikotin dalam Akta Racun sebelum ini.
  • Pihak kerajaan khususnya KKM digesa ambil langkah proaktif mengembalikan semula bahan cecair nikotin di dalam Akta Racun. 
  • KKM diharap buat keputusan tepat (decisive) demi keselamatan dan kesihatan rakyat sejagat.
  • Pada Isnin lalu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dilaporkan berkata kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 akan dirujuk sekali lagi kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan.

KUALA LUMPUR — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) didakwa membelakangkan keutamaan kesihatan rakyat Malaysia khususnya anak muda apabila sekali lagi menangguhkan pembentangan RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023  pada sidang Parlimen kali ini.

Pengerusi I-Medik Kuala Lumpur, Dr Mohammad Faezuddin Shamsualharis berkata penangguhan kali ini dilihat amat mustahak memandangkan KKM juga mengeluarkan cecair nikotin dalam Akta Racun sebelum ini.

Keputusan itu juga menyaksikan bahan cecair nikotin termasuk penggunaan rokok elektronik tidak boleh dikawal selia melalui mana-mana akta sebelum sidang Parlimen yang dijangka berlangsung pada Oktober 2023.

Katanya, situasi ini sekali gus membolehkan penjualan rokok elektronik kepada semua kategori umur termasuk kanak-kanak.

“Melalui sidang Parlimen semalam (12 Jun), kita diberitahu statistik angka remaja di Malaysia yang menggunakan rokok elektronik meningkat daripada 9.8 peratus (2017) kepada 14.9 peratus (2022). 

“Bahkan, terdapat Ahli Parlimen yang membangkitkan satu kematian remaja akibat vape. Adakah kita ingin melihat ahli keluarga sendiri yang menjadi mangsa kepada bahan tembakau ini baru kita akan membuat tindakan yang betul?”katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Faezuddin menggesa pihak kerajaan khususnya KKM mengambil langkah proaktif dengan mengembalikan semula bahan cecair nikotin di dalam Akta Racun. 

Beliau turut berharap KKM dapat membuat keputusan tepat demi keselamatan dan kesihatan rakyat sejagat.

“Usah mendabik dada ketika berjalan di Parlimen untuk membentangkan Akta Undang-Undang Kawalan Merokok Demi Kesihatan Awam namun akhirnya tiada langsung keberanian mempertahankannya dalam sesi perbahasan,” katanya.

Pada Isnin lalu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dilaporkan berkata kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 akan dirujuk sekali lagi kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan.

Katanya, perkara itu diambil kira selepas menerima maklum balas menerusi sesi libat urus yang diadakan pada 6 Mac lalu. — The Merdeka Times

Sumber: Facebook I-Medik Kuala Lumpur

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending