Connect with us

Terkini

(VIDEO) Remaja perempuan 16 tahun maut disyaki akibat vape

Seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun maut disyaki akibat penyakit kecederaan paru-paru dikenali sebagai “E-cigarette Or Vaping Product Use-Associated Lung Injury” (Evali).

Wartawan TMT

Published

on

Remaja perempuan 16 tahun maut disyaki akibat vape
Foto: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
  • Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, remaja perempuan tersebut dimasukkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu pada 3 Jun lalu. Beliau ketika itu mengadu sakit perut dan sesak nafas sebelum dipindahkan ke Hospital Selayang pada keesokan harinya. Bagaimanapun tahap kesihatan remaja terbabit makin merosot.
  • Pada 5 Jun, keadaan pelajar perempuan itu makin memburuk dan diresusitasi dalam tempoh 50 minit namun meninggal dunia pada hari sama.
  • Hasil siasatan mendapati remaja perempuan ini tidak mempunyai sejarah penyakit namun punya sejarah menghisap vape selama tiga tahun.
  • “Vape terakhir yang dikenal pasti digunakan adalah jenis tertutup ini Tanjung Karang (Ahli Parlimen) mungkin lebih faham juga berjenama Aladdin Pro yang berperisa Strawberry Blackcurrant dan Voltbar berperisa Custard Ice cream.
  • “Punca kematian direkodkan adalah Acute Heart Failure With Pulmonary Embolism namun pada masa sama dengan adanya sejarah menghisap vape perubahan pada X-ray dada dan bukti saintifik menunjukkan hubung kait dan antara risiko masalah jantung,” katanya dalam Sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR — Seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun maut disyaki akibat penyakit kecederaan paru-paru dikenali sebagai “E-cigarette Or Vaping Product Use-Associated Lung Injury” (Evali).

Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, remaja perempuan tersebut dimasukkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu pada 3 Jun lalu. Beliau ketika itu mengadu sakit perut dan sesak nafas sebelum dipindahkan ke Hospital Selayang pada keesokan harinya. Bagaimanapun tahap kesihatan remaja terbabit makin merosot.

Pada 5 Jun, keadaan pelajar perempuan itu makin memburuk dan telah diresusitasi dalam tempoh 50 minit namun meninggal dunia pada hari sama.

“Kes telah diresusitasi dalam 50 minit namun meninggal dunia pada hari sama. Jadi siasatan lanjut mendapati kes mula mengalami gejala sakit perut sejak 15 Mei tahun ini dan pernah mendapat rawatan daripada Jabatan Kecemasan di Hospital Selayang pada 25 Mei 2023 kerana masalah yang sama dan pemeriksaan ECG, X-Ray telah menunjukkan tanda ada pembengkakan jantung ataupun cardiomegaly juga ada lung infiltration kemudian discharge dengan diagnosis dengan acute dyspepsia dan kemudian datang kembali,” katanya dalam Sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat hari ini.

Jelas Dr Zaliha, hasil siasatan juga mendapati remaja perempuan ini tidak mempunyai sejarah penyakit namun punya sejarah menghisap vape selama tiga tahun.

“Vape terakhir yang dikenal pasti digunakan adalah jenis tertutup ini Tanjung Karang (Ahli Parlimen) mungkin lebih faham juga berjenama Aladdin Pro yang berperisa Strawberry Blackcurrant dan Voltbar berperisa Custard Ice cream.

“Punca kematian direkodkan adalah Acute Heart Failure With Pulmonary Embolism namun pada masa sama dengan adanya sejarah menghisap vape perubahan pada X-ray dada dan bukti saintifik menunjukkan hubung kait dan antara risiko masalah jantung,” kata Dr Zaliha. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube Parlimen Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

(VIDEO) Israel serang Rafah, Musim haji tahun ini mungkin terjejas – ZRA

Musim haji tahun ini kemungkinan terjejas susulan serangan Israel ke atas Rafah, kata wartawan kanan, Zainal Rashid Ahmad (ZRA).

Avatar

Published

on

Foto: Wartawan kanan, Zainal Rashid Ahmad (ZRA).

KUALA LUMPUR – Musim haji tahun ini kemungkinan terjejas susulan serangan Israel ke atas Rafah, kata wartawan kanan, Zainal Rashid Ahmad (ZRA).

Beliau tidak menolak kemungkinan itu sekiranya Majlis Kerjasama Teluk (GCC) mengambil tindakan melancarkan perang atau membantu kumpulan yang mahu masuk ke medan perang sebagai respons kepada serangan Israel.

“Bererti akan ada ketegangan yang lebih besar di Asia Barat. Yang menjadikan ruang udara untuk musim haji tahun ini akan terjejas.

“Sama ada Israel marah dan akan attack (serang) kedudukan Axis of Resistance (kumpulan penentang Iran). Dia (Israel) boleh lancar sahaja peluru yang menjadikan ruang udara sampai ke Arab Saudi jadi cemas kerana Iraq kemudian ada Houthi. Houthi ada di hujung sana. Peluru berpandu kalau ditembak saja kalau nak dipintas atau tak dipintas oleh (Arab) Saudi tetap ruang udara itu boleh ditutup pada musim perang.

“Bererti empat juta jemaah haji, termasuk lebih 30 ribu yang ada di Malaysia ini sekarang berada telur di hujung tanduk. Siapa saja yang mengkaji geopolitik dalam bentuk yang lebih luas kita akan lihat gangguan perang ini akan sampai ke musim haji,” katanya menerusi klip video di TikTok bertajuk ‘Pencetus Ketidakstabilan Ekonomi Dunia’ pada Rabu.

Zainal yang juga pengasas ZRA Strim percaya Israel tidak mahu peperangan selepas musim haji kerana ia akan mengurangkan tekanan kepada umat Islam selain tidak dapat ‘memperdajalkan’ peluang mereka untuk menunaikan ibadah itu.

“Dia (Israel) nak buat sekarang supaya Arab Saudi (dan) negara-negara yang berada di dalam ruang udara musim haji yang mana negara-negara ini tak boleh bertindak kalaulah mereka mahukan ruang udara selamat bagi membolehkan jemaah haji yang mula terbang masuk pada pertengahan Mei ini tak terjejas penerbangan mereka seluruh dunia.

“Israel mahukan perang itu sekarang. Jadi ambil pandangan yang lebih luas, yang lebih menggambarkan kita ini bukan Islam kiasu Melayu yang hanya apabila kena dekat Melayu dan Islam maka kita jaja nama agama bahawa kitalah orang Islam terugi, yang terpaling terancam,” katanya dipercayai merujuk kritikan segelintir pihak mengenai isu rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan ekoran penutupan beberapa syarikat kerana boikot. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending