Connect with us

Terkini

RUU Kawalan Produk Merokok dibentang 12 Jun

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa semalam mengumumkan bahawa Kementerian Kesihatan akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok demi Kesihatan Awam, yang merangkumi dasar generasi penamat (GEG), pada minggu terakhir sesi kedua Parlimen ke-15 ini.

Wartawan TMT

Published

on

RUU Kawalan Produk Merokok dibentang 12 Jun
Foto: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
  • Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa semalam mengumumkan bahawa Kementerian Kesihatan akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok demi Kesihatan Awam, yang merangkumi dasar generasi penamat (GEG), pada minggu terakhir sesi kedua Parlimen ke-15 ini.
  • Bercakap pada taklimat media di Parlimen, Zaliha berkata RUU itu akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada 12 Jun.
  • “Selepas itu saya akan berjumpa Setiausaha Dewan Rakyat dan Speaker, dari situ kita akan lihat bagaimana kita ambil langkah seterusnya,” kata Zaliha ketika ditanya sama ada RUU itu akan terus dibahaskan dan diluluskan dalam tiga hari terakhir persidangan ini.
  • Beliau mengesahkan bahawa RUU baharu itu akan merangkumi beberapa peruntukan baru serta pindaan berkaitan larangan ke atas golongan yang lahir pada 2007 dan seterusnya.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa semalam mengumumkan bahawa Kementerian Kesihatan akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok demi Kesihatan Awam, yang merangkumi dasar generasi penamat (GEG), pada minggu terakhir sesi kedua Parlimen ke-15 ini.

Bercakap pada taklimat media di Parlimen, Zaliha berkata RUU itu akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada 12 Jun.

“Selepas itu saya akan berjumpa Setiausaha Dewan Rakyat dan Speaker, dari situ kita akan lihat bagaimana kita ambil langkah seterusnya,” kata Zaliha ketika ditanya sama ada RUU itu akan terus dibahaskan dan diluluskan dalam tiga hari terakhir persidangan ini.

Beliau mengesahkan bahawa RUU baharu itu akan merangkumi beberapa peruntukan baru serta pindaan berkaitan larangan ke atas golongan yang lahir pada 2007 dan seterusnya.

“Apabila kita lihat apa yang telah dibentangkan dalam RUU sebelum ini, ada beberapa perkara yang kita pinda.

“Ini kerana pendekatan yang kita pilih lebih kepada ‘soft landing’ dengan niat untuk mendidik rakyat,” katanya.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata beliau sebagai bekas Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) terlibat dalam libat urus dengan pemain industri vape yang telah mengemukakan bantahan mereka terhadap peruntukan khusus di bawah RUU asal.

Bagaimanapun, beliau berkata selepas perbincangan lanjut mereka akhirnya memberi sokongan kepada versi semasa RUU.

“Jadi sekarang mereka kata mereka akan terima undang-undang itu jika ia diluluskan oleh parlimen,” katanya lagi.

Lukanisman berkata pindaan lain yang dicadangkan, termasuk pengurangan denda daripada RM5,000 kepada RM500, boleh dibahaskan sebaik sahaja RUU itu dibentangkan.

Dasar GEG khusus di bawah RUU itu akan mengenakan larangan membeli dan menggunakan rokok atau produk vape bagi mereka yang lahir dari tahun 2007 dan seterusnya.

Antara cadangan yang digugurkan daripada RUU semasa termasuk melanjutkan larangan membeli dan menggunakan serta menyimpan dan memiliki produk rokok atau vape.

Pada masa yang sama, RUU itu termasuk kawalan ke atas pendaftaran, pengiklanan, promosi, penajaan, pembungkusan dan penjualan produk merokok.

Sumber: Malaysiakini

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending