Connect with us

Terkini

Media dihalang masuk kawasan kediaman Anwar

Pengamal media tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan perumahan yang didiami Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pagi ini.

Wartawan TMT

Published

on

Media dihalang masuk kawasan kediaman Anwar
Foto: Perkarangan kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Petugas media dihalang untuk memasuki kawasan perumahan yang didiami Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pagi ini.
  • Perkara itu dimaklumkan pengawal keselamatan bertugas di sini bahawa pihaknya menerima arahan sedemikian.
  • “Saya mohon maaf, media memang tak boleh masuk, kami hanya jalankan tanggungjawab,” kata pengawal keselamatan itu.

 

KUALA LUMPUR – Pengamal media tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan perumahan yang didiami Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pagi ini.

Perkara itu dimaklumkan pengawal keselamatan bertugas di sini bahawa pihaknya menerima arahan sedemikian.

Pengawal keselamatan yang enggan mendedahkan identiti itu turut memohon maaf kerana tidak dapat memberikan keizinan kepada petugas media.

“Saya mohon maaf, media memang tak boleh masuk, kami hanya jalankan tanggungjawab.

“Semalam ada petugas media yang masuk, namun hari ini, memang tak boleh,” jawabnya kepada para petugas media pada Selasa.

Petugas media dari beberapa agensi hadir seawal jam 5 pagi di sekitar kawasan pintu masuk perumahan yang didiami Pengerusi PH itu bagi mendapatkan perkembangan terkini berkaitan situasi berkaitan pembentukan kerajaan yang dijangka pada hari ini.

Berdasarkan keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), tiada mana-mana gabungan parti berjaya memperoleh majoriti 50 peratus daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertandingkan untuk membentuk kerajaan.

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan ketua-ketua parti politik yang mempunyai majoriti terbanyak mengemukakan gabungan baharu dan calon Perdana Menteri kepada Istana Negara sebelum jam 2 petang, Selasa.

 

Sumber: Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending