Connect with us

Terkini

Izzah gesa SPR beri ketetapan awal jika perlu tunda PRU15 di kawasan banjir

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa membuat ketetapan awal sekiranya wujud keperluan menunda Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di kawasan yang dilanda banjir.

Wartawan TMT

Published

on

Izzah gesa SPR beri ketetapan awal jika perlu tunda PRU15 di kawasan banjir
Foto: Nurul Izzah, calon Parlimen Permatang Pauh
  • Calon Pakatan Harapan di Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar gesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membuat pengumuman segera jika perlu tunda pilihan raya di kawasan dilanda banjir.
  •  Katanya, SPR perlu menetapkan segera penundaan demi memudahkan calon dan pengundi.
  •  “SPR perlu dilihat sebagai objektif dan profesional oleh itu mereka perlu memberi ketetapan yang awal dan bukan pada saat-saat akhir,” – Nurul Izzah Anwar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa membuat ketetapan awal sekiranya wujud keperluan menunda Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di kawasan yang dilanda banjir.

Nurul Izzah Anwar yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh berkata SPR perlu membuat pengumuman sekarang bagi memudahkan calon dan pengundi.

“SPR perlu dilihat sebagai objektif dan profesional oleh itu mereka perlu memberi ketetapan yang awal dan bukan pada saat-saat akhir,” katanya dalam sidang media di Bukit Mertajam hari ini.

Nurul Izzah turut mempersoal keputusan SPR mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan status PRU15 bagi kerusi Parlimen Padang Serai, esok hanya sehari sebelum hari pengundian yang disifatkannya sebagai lewat.

“Kita ingin lihat SPR memberikan ketetapan yang awal dan bukannya sehari sebelum mengundi. SPR perlu berada di hadapan sebarang masalah yang mungkin berlaku,” katanya.

Mesyuarat SPR itu diadakan berikutan kematian calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen berkenaan M. Karupaiya, semalam. 

Sumber: BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

GISBH: Jumlah kanak-kanak diselamatkan kini 662 orang – Fahmi Fadzil

Jumlah kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) melalui beberapa operasi pihak berkuasa kini berjumlah 662 orang, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
  • Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata jumlah kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) melalui beberapa operasi pihak berkuasa kini berjumlah 662 orang.
  • Kesemua mereka juga kini telah mendapat perintah mahkamah untuk perlindungan.
  • Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, perkara itu dimaklumkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada Selasa.
  • Polis melancarkan Op Global awal September lepas dan telah menyerbu rumah amal di seluruh Semenanjung yang dikaitkan dengan GISBH kerana disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.
  • Seramai 359 pengikut GISBH turut ditahan dalam Op berkenaan, termasuk pengurusan tertinggi syarikat itu, dan Perlis, Selangor serta Pahang mengisytiharkan amalan dan kepercayaan GISBH yang dikaitkan dengan kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban agama itu sebagai menyeleweng dan sesat.

PUTRAJAYA — Jumlah kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) melalui beberapa operasi pihak berkuasa kini berjumlah 662 orang, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata kesemua mereka juga kini telah mendapat perintah mahkamah untuk perlindungan.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

“…kita tidak bincang perkara lain seperti isu fatwa di peringkat negeri, sama ada ajaran dibawa kumpulan ini sesat atau tidak. Boleh rujuk kepada fatwa daripada mufti,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada isu berkaitan GISBH Holdings Sdn Bhd dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

Polis melancarkan Op Global awal September lepas dan telah menyerbu rumah amal di seluruh Semenanjung yang dikaitkan dengan GISBH kerana disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.

Seramai 359 pengikut GISBH turut ditahan dalam Op berkenaan, termasuk pengurusan tertinggi syarikat itu, dan Perlis, Selangor serta Pahang mengisytiharkan amalan dan kepercayaan GISBH yang dikaitkan dengan kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban agama itu sebagai menyeleweng dan sesat. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending