Connect with us

PRU-15

GPS tiada masalah satu kerajaan dengan Pas

Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, tidak timbul isu GPS tidak boleh bekerjasama dengan Pas. 

Wartawan TMT

Published

on

GPS tiada masalah satu kerajaan dengan Pas
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, tidak timbul isu GPS tidak boleh bekerjasama dengan Pas. 
  • “30 bulan lepas, kita GPS dengan Pas dalam satu kerajaan pun, jadi, saya tidak melihat ada masalah,” kata Nanta.
  • Tambahnya, isu perkauman bukan sahaja dimainkan oleh Pas, tetapi, turut dimainkan oleh DAP dan UMNO. 
  • Ditanya isu berkaitan dengan keagamaan, Nanta menegaskan, GPS mana-mana pihak termasuk Pas elak menggunakan isu keagamaan secara melampau. 
  • “Kita perlu fokuskan tenaga dan minda kita untuk perkara-perkara yang lebih penting untuk kita menjaga kepentingan ekonomi dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

 

KUCHING: Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, tidak timbul isu GPS tidak boleh bekerjasama dengan Pas. 

“Bagi saya, tiada masalah untuk bekerjasama dengan Pas kerana 30 bulan lepas, kita GPS dengan Pas dalam satu kerajaan pun, jadi, saya tidak melihat ada masalah.

“GPS boleh bekerja dalam satu Kabinet ataupun satu kerajaan nanti,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia hari ini. 

Alexander berkata, isu perkauman bukan sahaja dimainkan oleh Pas, tetapi, turut dimainkan oleh DAP dan UMNO. 

“Jadi, bagi saya hampir kesemua parti mainkan isu perkauman ataupun mengambil kesempatan isu perkauman. 

“Namun, untuk negara kita, moving forward (bergerak ke hadapan) bukan sahaja Pas yang harus berhenti bermain dan mencanangkan isu perkauman, tetapi, semua parti politik, kumpulan dan seluruh rakyat Malaysia hendaklah berhenti menggunakan perkauman sebagai isu ataupun modal politik mereka,” tambahnya. 

Advertisement

Ditanya kalau isu berkaitan dengan keagamaan, Nanta menegaskan, GPS memang ada pendirian yang tegas, maka, kita mahu menegaskan mana-mana pihak termasuk Pas tidak menggunakan isu keagamaan ini secara melampau. 

“Untuk menjaga kepentingan Sarawak dalam isu ini, kita akan menegaskan bahawa kita minta autonomi bagaimana di negeri Sarawak ini seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan,” katanya. 

Ujar Nanta, di Sarawak tidak ada agama rasmi, jadi biar Sarawak menjaga kepentingannya sendiri. 

“Semua pihak termasuk juga GPS hendaklah kurang berpolitik sebab keadaan sekarang kita terlalu lebih berpolitik. 

“Kita perlu fokuskan tenaga dan minda kita untuk perkara-perkara yang lebih penting untuk kita menjaga kepentingan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. 

“Pilihan raya sudah lepas dan memang kita semua tahu keputusan tidak menentu dan sebab itu kita ada hung parliament (parlimen tergantung), jadi, agak sukar untuk tidak membincangkan politik secara berlarutan, namun, perlu kita kurangkan berpolitik dan seharusnya kita tumpukan tenaga untuk pembangunan negara, memastikan ekonomi kita cepat pulih, apatah lagi dunia diramalkan berdepan kegawatan ekonomi tahun depan,” kata beliau. 

Advertisement

Oleh sebab itu, katanya negara perlu menyediakan sesuatu untuk menghadapi kemerosotan ekonomi global tahun depan. 

Sementara itu, Nanta menjelaskan bahawa sememangnya GPS membuat pendirian untuk menyokong dan menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk menentu, menetapkan ataupun buat keputusan mana-mana pihak yang menjadi kerajaan terbaharu negara. –UTUSAN

 

Sumber: Utusan

PRU-15

Saingan 6 penjuru di Parlimen Padang Serai 

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Padang Serai yang ditangguhkan sebelum ini, akan menyaksikan persaingan enam penjuru.

Wartawan TMT

Published

on

Saingan 6 penjuru di Parlimen Padang Serai 
Foto (dari kiri): Dr Mohamad Sofee Razak (Pakatan Harapan), Datuk C. Sivarraajh (Barisan Nasional), Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional), Hamzah Abd Rahman (Pejuang), dan Sreananda Rao (Bebas).
  • PRU15 kerusi Parlimen Padang Serai yang ditangguhkan sebelum ini, akan menyaksikan persaingan enam penjuru.
  • Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Padang Serai, Datuk Abdul Bari Abdullah umumkan perkara tersebut setelah tempoh penamaan calon ditutup jam 10 pagi tadi.
  • Antara calon yang terlibat adalah Datuk Azman Nasrudin (PN), Datuk Sivarraajh Chandran (BN), Hamzah Abdul Rahman (PEJUANG); Dr Mohamed Sofee Razak dari (PH), calon Bebas, Sreanandha Rao dan Mohd Bakri Hashim mewakili WARISAN.
  • Undi bagi Parlimen Padang Serai ditangguh susulan kematian calon PH iaitu M Karupaiya pada 16 November lalu.
  • SPR menetapkan hari pengundian pada 7 Disember dan pengundian awal 3 Disember, serta tempoh berkempen selama 13 hari.

KULIM: Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Padang Serai yang ditangguhkan sebelum ini, akan menyaksikan persaingan enam penjuru.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Padang Serai, Datuk Abdul Bari Abdullah, mengumumkan perkara itu selepas tempoh penamaan calon ditutup jam 10 pagi tadi.

Enam calon terbabit ialah Datuk Azman Nasrudin dari Perikatan Nasional (PN); Datuk Sivarraajh Chandran dari Barisan Nasional (BN); Hamzah Abdul Rahman (PEJUANG); Dr Mohamed Sofee Razak dari Pakatan Harapan (PH); calon Bebas, Sreanandha Rao dan Mohd Bakri Hashim mewakili WARISAN.

Pengundian bagi kerusi Parlimen Padang Serai ditangguhkan susulan kematian calon yang telah disahkan bertanding sebelum ini iaitu M Karupaiya daripada PH pada 16 November lalu dipercayai akibat serangan jantung dan komplikasi kesihatan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 7 Disember depan dan pengundian awal 3 Disember, dengan tempoh berkempen selama 13 hari hingga jam 11.59 malam 6 Disember bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding.

Sumber: Berita Harian

 

Advertisement
Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending