Terkini
Gabungan UMNO, PH Perak petanda bencana – Faizal Azumu
Gabungan UMNO dan parti Pakatan Harapan (PH) Perak dikatakan bakal mengundang malapetaka dalam arena politik negara.

KUALA LUMPUR – Gabungan UMNO dan parti Pakatan Harapan (PH) Perak dikatakan bakal mengundang malapetaka dalam arena politik negara.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini.
“Keputusan UMNO untuk menubuhkan kerajaan bersama PH di negeri Perak adalah suatu resipi untuk bencana (recipe for disaster).
“Tindakan ini mengesahkan cakap-cakap sebelum pilihan raya bahwa pemimpin UMNO sedang mengusahakan suatu bentuk jajaran baharu dengan PH semata-mata untuk kekal berkuasa,” katanya.
Kenyataan itu juga mempersoalkan prinsip akar umbi UMNO yang berpegang teguh kepada ‘No Anwar, No DAP’.
Keputusan majoriti tersebut merupakan mandat diberikan kepada pemimpin parti menerusi dua siri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) sebelum ini.
“PN Perak tetap dengan pendirian untuk menjadi pembangkang jika tidak dapat membentuk kerajaan negeri dengan mana-mana pihak yang bersedia menerima prinsip perjuangan PN iaitu Prihatin, Bersih dan Stabil.
“Kami tidak akan sama sekali bekerjasama dengan PH yang di dalamnya ada parti DAP yang ditolak oleh sebahagian besar orang Melayu atau dengan mereka yang tercemar dengan masalah rasuah,” kata kenyataan itu. – The Merdeka Times
