Connect with us

Antarabangsa

China haramkan selebriti rendah moral iklan jualan produk

China mengharamkan selebriti yang ‘rendah moral’ daripada mengiklankan atau menjadi ‘muka depan’ sebarang produk dalam usaha menyelaraskan masyarakat dengan nilai sosialis teras negara itu, lapor The Guardian.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

China haramkan selebriti rendah moral iklan jualan produk
  • China haramkan selebriti ‘rendah moral’ mengiklankan atau jadi ‘muka depan’ sebarang produk bagi menyelaraskan masyarakat dengan nilai sosialis teras di negara itu, lapor The Guardian.
  • Peraturan diumumkan pengawal selia negeri minggu ini, menghalang selebriti China menyokong atau mengiklankan secara terbuka komoditi kesihatan, pendidikan dan kewangan, termasuk e-rokok dan susu formula bayi.
  • Peraturan itu juga melarang syarikat mengupah selebriti didapati rendah moral atau terlibat tingkah laku menyalahi undang-undang termasuk mengelak bayar cukai, mabuk, ketagihan dadah serta penipuan menggunakan imej pemimpin parti komunis, pemimpin revolusioner dan wira dalam pengiklanan mereka.

China mengharamkan selebriti yang ‘rendah moral’ daripada mengiklankan atau menjadi ‘muka depan’ sebarang produk dalam usaha menyelaraskan masyarakat dengan nilai sosialis teras negara itu, lapor The Guardian.

Peraturan yang diumumkan pengawal selia negeri minggu ini, menghalang selebriti China daripada menyokong atau mengiklankan secara terbuka komoditi kesihatan, pendidikan dan kewangan, termasuk e-rokok dan susu formula bayi.

Menurut pengawal selia republik itu, larangan dikuatkuasakan bagi memastikan masyarakat China “dipandu” pemikiran Xi Jinping mengenai sosialisme dengan ciri-ciri cina untuk era baharu”, merujuk kepada ideologi menyeluruh yang menyokong pemerintahan parti Komunis pimpinan Xi.

“Selebriti harus mengamalkan nilai teras sosialis dalam aktiviti pengiklanan mereka dan aktiviti ‘endorsement’ harus mematuhi moral sosial dan nilai tradisional,” kata peraturan baharu itu.

Peraturan baharu itu juga melarang syarikat daripada mengupah selebriti yang didapati rendah moral atau terlibat dalam tingkah laku menyalahi undang-undang, termasuk mengelak membayar cukai, mabuk, ketagihan dadah serta penipuan dengan menggunakan imej pemimpin parti komunis, pemimpin revolusioner dan wira dalam pengiklanan.

Pihak berkuasa berkata peraturan baharu itu diperkenalkan sebagai tindak balas terhadap selebriti yang menyokong “idea buruk”.

Simposium hiburan Beijing dengan tema “Sayangi parti, cintai negara, dukung moral dan seni” mengatakan bahawa industri mesti bertindak dengan moral di tempat awam dan swasta.

“Ini tidak bermakna sokongan selebriti akan terhad tetapi semua orang akan lebih berhati-hati dan artis akan lebih bertanggungjawab dan berdisiplin diri. Selagi undang-undang dipatuhi, endorsement dari selebriti masih akan dijalankan seperti biasa dalam skop pematuhan dan kesahihan, jadi kesannya adalah positif,” kata Presiden Persatuan Pengiklanan China, Zhang Guohua.

Beliau berkata mereka yang “menikmati faedah menjadi seorang tokoh awam” harus bersedia untuk dihalang dalam tindakan kerana pengaruh mereka sebagai teladan.

Sumber : The Guardian

Author