Connect with us

Terkini

Anak muda pencetus gelombang sokongan luar biasa kepada PN

Sokongan anak muda adalah pencetus gelombang luar biasa kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

Wartawan TMT

Published

on

Anak muda pencetus gelombang sokongan luar biasa kepada PN
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sokongan anak muda adalah pencetus gelombang luar biasa kepada PN pada PRU15.
  • Menurut Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari, PRU15 menyaksikan kebangkitan anak muda Malaysia yang membentuk gelombang sokongan luar biasa kepada PN.
  • “Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mampu membalas setiap masa dan tenaga yang dikorbankan demi menegakkan kebenaran di Malaysia,” kata Ahmad Fadhli.
  • Beliau turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera sepanjang fasa PRU15.
  • Ujarnya, pemuda PN menyokong penuh pembentukan kerajaan yang bersih dan stabil di peringkat persekutuan.

KOTA BHARU: Sokongan anak muda adalah pencetus gelombang luar biasa kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari, berkata pilihan raya kali ini menyaksikan kebangkitan rakyat Malaysia yang membentuk gelombang sokongan luar biasa kepada PN, terutama sokongan anak muda. 

“Terima kasih kepada semua jentera yang sentiasa bersiap-sedia menerima arahan dan menjalankan tugasan dengan sebaiknya. Keikhlasan dan kesungguhan yang ditonjolkan membuahkan hasil yang lumayan melalui kemenangan besar PN dalam PRU15 ini. 

“Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mampu membalas setiap masa dan tenaga yang dikorbankan demi menegakkan kebenaran di Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera sepanjang fasa pilihan raya dan memberi undi kepada kepimpinan yang bersih dan stabil untuk menerajui Malaysia. 

“Hal ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia semakin cakna dengan perkembangan semasa dan tidak mudah terpengaruh dengan naratif fitnah yang dibawa oleh musuh. Sesungguhnya kemenangan PN adalah kemenangan rakyat Malaysia.

“Pemuda PN menyokong penuh pembentukan kerajaan PN yang bersih dan stabil di peringkat persekutuan dan akan terus komited berkhidmat demi kesejahteraan rakyat, seterusnya mengangkat aspirasi agama, nusa dan bangsa dengan sebaiknya.

 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Hanya dua peratus syarikat Malaysia sedia hadapi serangan siber – Cisco

Hanya dua peratus daripada keseluruhan organisasi di negara ini mencapai tahap ‘matang’ yang diperlukan bagi mendepani ancaman risiko keselamatan siber moden.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menurut Indeks Kesiapsiagaan Keselamatan Siber 2024 di bawah Cisco, 77 peratus responden mendedahkan insiden keselamatan siber berkemungkinan memberi kesan kepada perniagaan mereka dalam tempoh 12 ke 24 bulan akan datang.
  • Indeks itu turut mendedahkan 98 peratus daripada keseluruhan responden kajian berkemungkinan besar akan meningkatkan perbelanjaan untuk mengukuhkan keselamatan siber dalam tempoh 12 bulan akan datang.
  • “Pendekatan tradisi seperti menggunapakai beberapa penyelesaian keselamatan siber jelas tidak menunjukkan keputusan diingini, dengan 87 peratus responden mengakui pendekatan sedemikian melambatkan keupayaan pasukan mereka untuk mengesan, bertindak balas dan pulih daripada insiden tersebut.
  • “Ini jelas menimbulkan kebimbangan yang signifikan kerana 68 peratus daripada organisasi berkata mereka telah menggunakan lebih daripada 10 penyelesaian untuk keselamatan siber, manakala 24 peratus lagi menggunakan lebih daripada 30,” menurut kajian Cisco dipetik Astro Awani di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Hanya dua peratus daripada keseluruhan organisasi di negara ini mencapai tahap ‘matang’ yang diperlukan bagi mendepani ancaman risiko keselamatan siber moden.

Menurut Indeks Kesiapsiagaan Keselamatan Siber 2024 di bawah Cisco, 77 peratus responden mendedahkan insiden keselamatan siber berkemungkinan memberi kesan kepada perniagaan mereka dalam tempoh 12 ke 24 bulan akan datang.

Indeks itu turut mendedahkan 98 peratus daripada keseluruhan responden kajian berkemungkinan besar akan meningkatkan perbelanjaan untuk mengukuhkan keselamatan siber dalam tempoh 12 bulan akan datang.

“Kos terpaksa ditanggung akibat ketidaksediaan menghadapi serangan siber agak tinggi, dengan 73 peratus responden mengatakan mereka mengalami insiden berkaitan dalam tempoh 12 bulan lepas dan 44 peratus mengatakan terpaksa menanggung kos sekitar AS$300,000 (RM1.4 juta).

“Pendekatan tradisi seperti menggunapakai beberapa penyelesaian keselamatan siber jelas tidak menunjukkan keputusan diingini, dengan 87 peratus responden mengakui pendekatan sedemikian melambatkan keupayaan pasukan mereka untuk mengesan, bertindak balas dan pulih daripada insiden tersebut.

“Ini jelas menimbulkan kebimbangan yang signifikan kerana 68 peratus daripada organisasi berkata mereka telah menggunakan lebih daripada 10 penyelesaian untuk keselamatan siber, manakala 24 peratus lagi menggunakan lebih daripada 30,” menurut kajian Cisco dipetik Astro Awani di sini hari ini.

Cisco berkata syarikat mesti memacu pelaburan lebih berkesan dalam sekuriti, termasuk menggunapakai langkah sekuriti berinovatif dan pendekatan platform sesuai bagi menangani cabaran dalam landskap masa kini,

Pengurusan syarikat juga digalakkan mengukuhkan kemampanan rangkaian menggunakan penjanaan teknologi pembuatan dan meningkatkan pengambilan pekerja bagi merapatkan jurang dalam kemahiran keselamatan siber.

“Landskap cabaran hari ini lebih rumit berbanding dahulu dan organisasi global, termasuk mereka di Malaysia masih lambat untuk meningkatkan kemampanan siber mereka.

“Syarikat perlu menggunakan pendekatan platform yang akan memberikan paparan tunggal yang mudah, selamat serta menyeluruh ke dalam infrastruktur mereka demi mengukuhkan postur keselamatan mereka dan memanfaatkan peluang yang datang dengan teknologi baru muncul dengan sebaik-baiknya,” kata Pengarah Urusan Cisco Malaysia, Hana Raja. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending