Connect with us

Terkini

Ahli MKT UMNO cadang Muhyiddin jadi PM tanpa PH

Seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mencadangkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yasin dinamakan sebagai calon Perdana Menteri. 

Wartawan TMT

Published

on

Ahli MKT UMNO cadang Muhyiddin jadi PM tanpa PH
Foto: Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin
  • Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Jalaludin Alias, mencadangkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yasin dinamakan sebagai calon Perdana Menteri. 
  • “Perkara ini sewajarnya menjadi ‘collective responsibility’ dalam kalangan ahli Dewan Rakyat BN, PN, PEJUANG, GPS, GRS, bebas dan lain-lain,” kata Jalaludin.
  • Beliau turut menolak pembentukan kerajaan bersama PH untuk menerajui kerajaan Malaysia pasca PRU15 ini. 
  • “Asas utama penolakan terhadap PH ini adalah atas kegagalan pentadbiran negara dan keruntuhan negara sepanjang 22 bulan diperintah mereka selepas PRU14,” katanya. 

 

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mencadangkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yasin dinamakan sebagai calon Perdana Menteri. 

Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Jalaludin Alias, berkata bekas Perdana Menteri itu layak dinamakan berikutan PN memiliki jumlah kerusi kedua tertinggi dalam Dewan Rakyat selepas Pakatan Harapan (PH). 

“Saya mengambil sikap berjiwa besar dan matang dalam kolektif politik untuk mencadangkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri atas kerangka PN memiliki jumlah kerusi kedua tertinggi dalam Dewan Rakyat selepas PH. 

“Perkara ini sewajarnya menjadi ‘collective responsibility’ (tanggungjawab kolektif) dalam kalangan ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional (BN), PN, PEJUANG, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), bebas dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

PH memperoleh 82 kerusi Parlimen pada PRU15, manakala PN memenangi 73 kerusi. 

Bagaimanapun, kedua-dua parti itu tidak mempunyai bilangan kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan dan memerlukan penyertaan gabungan parti lain bagi melengkapkan angka 112 kerusi dan membentuk majoriti mudah.

Jalaluddin turut menolak pembentukan kerajaan bersama Pakatan Harapan (PH). 

“Berpaksikan ‘track record’, saya berprinsip kita harus membentuk sebuah ‘unity government’ tanpa PH untuk menerajui kerajaan Malaysia pasca PRU15 ini. 

“Asas utama penolakan terhadap PH ini adalah atas kegagalan pentadbiran negara dan keruntuhan negara sepanjang 22 bulan diperintah mereka selepas PRU14,” katanya. 

Beliau menerima keputusan PRU15 dengan penuh kematangan dan keputusan BN yang hanya mampu menang di 30 kawasan Parlimen. 

“Dalam situasi ini, tiada satu parti pun yang beroleh majoriti mudah kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu. 

Namun demikian, kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara ini harus diteruskan dengan dipimpin oleh sebuah kerajaan yang stabil dan berpengalaman,” katanya. 

Setakat ini, UMNO dan BN belum memutuskan pendirian rasmi mengenai penyertaan dengan mana-mana gabungan bagi membentuk kerajaan, selepas tiada mana-mana parti cukup 112 kerusi Parlimen. 

Menerusi perkembangan terbaharu petang ini, Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyatakan persetujuan membentuk gabungan bersama PN, BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi membentuk kerajaan Persekutuan. 

Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Openg, dalam satu sidang media menyatakan, GPS turut memilih Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri.

 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Enjin carian dikuasakan AI kemungkinan langgar hak cipta kandungan berita – Media Jepun

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.
  • Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.
  • Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.
  • Persatuan media itu menyatakan kebimbangan tentang “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”, sekali gus boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita”.
  • Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.

Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.

Persatuan itu juga menyatakan kebimbangan mengenai “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”.

Ia boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita,” katanya.

“Enjin carian AI kadangkala mengembalikan respons yang tidak tepat kerana mereka menggunakan semula atau mengubah suai artikel secara tidak wajar,” kata persatuan itu.

Persatuan itu berkata syarikat harus memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan mereka sebelum pelancaran.

Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Kenyataan itu turut menunjukkan “isu ‘carian sifar klik’, di mana pengguna tidak melawat sumber asal (artikel/kandungan)”.

“Kekurangan trafik boleh membawa kepada pengurangan aktiviti pelaporan organisasi berita, yang kemudiannya akan memberi kesan negatif kepada demokrasi dan budaya,” kata persatuan itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending