Connect with us

Terkini

73 peratus rakyat Malaysia dijangka keluar mengundi, Sabtu ini

SHAH ALAM – Majoriti rakyat Malaysia dijangka akan terlibat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini.

Wartawan TMT

Published

on

73 peratus rakyat Malaysia dijangka keluar mengundi, Sabtu ini
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ia berdasarkan kaji selidik dijalankan Pusat Penyelidikan Undian UCSI University mengenai persepsi orang ramai terhadap PRU15.
  • 73 peratus daripada 1,765 responden positif akan keluar mengundi di tempat masing-masing.
  • 318 daripada 1,765 responden adalah pengundi kali pertama berumur antara 18 – 22 tahun melibatkan 1,002 dari kawasan bandar manakala 763 dari kawasan luar bandar.
  • Pengundi kali pertama cenderung sokong BN dengan peratusan mencecah 44 peratus; PH-30 peratus dan PN-15 peratus.

 

SHAH ALAM – Majoriti rakyat Malaysia dijangka akan terlibat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini.

Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Undian UCSI University mengenai persepsi orang ramai terhadap pilihan raya berkenaan, 73 peratus daripada 1,765 responden positif akan keluar mengundi di tempat masing-masing.

Sementara itu, 318 daripada 1,765 responden adalah pengundi kali pertama berumur antara 18 hingga 22 tahun melibatkan 1,002 dari kawasan bandar manakala 763 dari kawasan luar bandar.

Pengundi kali pertama juga cenderung menyokong BN dengan peratusan mencecah 44 peratus; Pakatan Harapan (PH-30 peratus) dan Perikatan Nasional (PN-15 peratus).

Daripada jumlah itu, 34 peratus daripada responden akan mengundi berdasarkan parti atau gabungan manakala 23 peratus lagi berdasarkan calon.

Selain itu 37 peratus pula mempertimbangkan parti dan calon manakala enam peratus lagi tiada respon.

Kaji selidik itu turut mendapati, 847 rakyat bersetuju individu yang terlibat dengan kes mahkamah tidak sepatutnya menjadi calon PRU15 manakala 43 peratus atau 759 orang pula beranggapan sebaliknya selagi mana individu terlibat belum didapati bersalah oleh mahkamah.

Selain itu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih menjadi pilihan untuk memegang jawatan berkenaan selepas PRU15 dengan 24 peratus undian manakala Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat 22 peratus undi.

Dalam kalangan mereka, Ismail Sabri adalah pilihan kaum Melayu manakala Anwar Ibrahim pilihan kaum Cina.

Selain itu, mereka turut menamakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (15 peratus); Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin (10 peratus); Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang (8 peratus); Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (4 peratus) dan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air, Tun Dr Mahathir Mohamad (2 peratus).

Berdasarkan kaji selidik berkenaan juga, 52 peratus daripada pengundi kawasan bandar cenderung untuk menyokong PH sementara 60 peratus pengundi luar bandar cenderung menyokong BN.

Isu utama yang menjadi kebimbangan untuk diurus oleh kerajaan baharu melibatkan baik pulih ekonomi negara, kestabilan tadbir urus, galakkan keharmonian dan perpaduan serta pembasmian rasuah.

Sumber : Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kenyataan ekonomi terjejas akibat gerakan boikot tidak tepat — Pengerusi BDS Malaysia

Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail.
  • Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata kenyataan itu tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain serta peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.
  • Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.
  • Katanya, terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.
  • “Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

KUALA LUMPUR — Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Pengerusinya, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata ia tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain.

Selain itu, peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.

“Bukan susah untuk kutuk kezaliman Israel. Saya pun hairan kenapa ada syarikat yang masih enggan lakukan benda yang baik ini.

“Jika mereka kutuk kezaliman Israel secara jelas dan terbuka, saya yakin pengguna akan pergi balik ke kedai mereka,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP turut memuat naik tangkap layar artikel berita Cina bertajuk, ‘Gelombang boikot menyebabkan pekerja KFC dipotong gaji, pendapatan bulanan pasangan RM600 untuk menyara 3 anak’.

Foto: Tangkap layar ciapan Nga Kor Ming.

Mengulas lanjut, Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.

Malah, katanya terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.

“Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel. 

“Keluar dari Israel. Atau keluarkan kenyataan mengutuk kezaliman Israel di Gaza,” kata pengerusi BDS Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending