Connect with us

Terkini

61 peratus anak muda teruja mahu mengundi

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyifatkan gelombang keterujaan anak muda yang pertama kali mahu mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sangat tinggi.

Wartawan TMT

Published

on

61 peratus anak muda teruja mahu mengundi
Foto: Ahmad Farhan Rosli, Presiden PKIM, sumber Sinar Harian.
  • Satu kajian daripada sebuah universiti tempatan menyatakan bahawa 61.7 peratus golongan muda hendak turun mengundi dengan apa jua cara sekali pun.
  • Faktor keterbukaan dan perubahan kerajaan pada 2018 telah memberi ruang untuk media lebih bebas sekali gus menarik perhatian golongan muda.
  • Anak muda mulai sedar tentang kuasa yang diberikan oleh negara kepada golongan remaja untuk digunakan sebaiknya dalam memilih pemimpin yang berwibawa.
  • “Sekiranya orang ramai masih melihat seolah-olah anak muda tidak mengambil tahu, ia merupakan satu stigma yang perlu diperbetulkan.” – Ahmad Farhan Rosli, Presiden PKIM

SHAH ALAM – Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyifatkan gelombang keterujaan anak muda yang pertama kali mahu mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sangat tinggi.

Presidennya, Ahmad Farhan Rosli berkata, beberapa kajian yang dibuat oleh badan pemikir dan universiti mendapati kumpulan anak muda berusia antara 18 hingga 25 tahun mewakili lebih 1.5 juta pengundi begitu bersemangat untuk keluar mengundi.

Menurutnya, satu kajian daripada sebuah universiti tempatan menyatakan bahawa 61.7 peratus golongan muda hendak turun mengundi dengan apa jua cara sekali pun.

“Kita memahami bahawa terdapat kekangan untuk pulang dan sebagainya, namun mereka anak muda tetap berusaha mencari ikhtiar untuk pulang mengundi.

“Malah bagi mahasiswa, ia juga satu perkara yang sangat penting untuk diambil kira terutama selepas mereka tamat pengajian dan akan memasuki era pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu rancangan Kompas Rasuah Busters Edisi Khas PRU-15 bertajuk ‘PRU15: Mahasiswa Harus Ambil Tahu’ yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa yang dihoskan Asmaliza Mansor.

Ahmad Farhan berkata, tidak dinafikan faktor keterbukaan dan perubahan kerajaan yang berlaku pada 2018 dilihat telah memberi sedikit sebanyak ruang untuk media lebih bebas sekali gus membuatkan golongan muda ingin terlibat dengan pelbagai aktiviti mahasiswa.

Tambahnya, anak muda mulai sedar tentang kuasa yang diberikan oleh negara kepada golongan remaja untuk digunakan sebaiknya dalam memilih pemimpin yang berwibawa.

Malah katanya, perkara-perkara seumpama itu sebenarnya memberi kesedaran buat anak muda untuk bangkit memperjuangkan hak mereka.

“Kami sendiri tidak menyangka bahawa program yang dianjurkan baru-baru ini iaitu Forum Peranan Mahasiswa Dalam PRU15, tontonan secara langsung mencecah hampir 3,000 orang.

“Meskipun tajuk ini nampak berat tetapi ramai yang datang dan kami terkejut dengan sambutan baik anak muda terhadap program penting ini.

“Ia menunjukkan bahawa anak muda sudah sedar bahawa mereka ini penting dalam suasana politik semasa, tidak menafikan keterbukaan yang lebih terutama pengaruh daripada media sosial,” katanya.

Beliau berkata, pada PRU14, masih tidak ada media sosial seperti TikTok, malah Twitter juga belum meluas digunakan.

Namun pada masa ini katanya, perkembangan sihat di media sosial dapat menyaksikan penampilan wajah-wajah generasi baharu dalam iklim demokrasi negara, selain keyakinan anak muda juga sebenarnya diperoleh daripada pengaruh rakan-rakan yang sudah terlibat dengan politik.

Jelasnya, semua itu mewujudkan suasana baharu dalam kalangan orang muda untuk sama-sama terlibat dan sama-sama sedar, bukan lagi sekadar menjadi penonton.

Menerusi satu hantaran sahaja di media sosial menurutnya, ia mampu untuk menjadi tular apabila menyedari suara mereka lebih didengari kerana bersifat kolektif.

“Sekiranya orang ramai masih melihat seolah-olah anak muda tidak mengambil tahu, ia merupakan satu stigma yang perlu diperbetulkan.

“Mereka bukan tidak mahu ambil tahu tetapi kadang-kadang mereka ini tidak diberi pendedahan yang bersifat adil, selain kadang kala anak muda melihat pendedahan yang dilakukan oleh parti politik itu bersifat berat sebelah iaitu kepentingan buat satu-satu kelompok tertentu.

“Tetapi apabila pendedahan itu dilakukan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media yang bersifat bebas atau maklumat diperoleh daripada rakan-rakan, maka mereka ini sebenarnya mahu mengambil tahu tentang dunia politik negara,” jelasnya.

Sumber: Sinar Harian

Author

Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending