Connect with us

PRU-15

 30 ahli Dewan Rakyat BN diminta menghadap YDPA 10.30 pagi esok

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan 30 ahli Dewan Rakyat untuk menghadap baginda di Istana Negara esok.

Wartawan TMT

Published

on

 30 ahli Dewan Rakyat BN diminta menghadap YDPA 10.30 pagi esok
Foto: Ahli dewan rakyat BN
  • Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan 30 ahli Dewan Rakyat untuk menghadap baginda di Istana Negara esok.
  • Mereka terdiri daripada anggota-anggota daripada Barisan Nasional (BN). Sesi menghadap secara individu dijadualkan berlangsung pada pukul 10.30 pagi.
  • Baginda menitahkan rakyat agar bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu dan pelantikan bakal PM ke-10 selesai.
  • Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap baginda pukul 4.30 petang tadi, namun pemilihan calon PM baharu masih tergantung.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan 30 ahli Dewan Rakyat untuk menghadap baginda di Istana Negara esok.

Mereka terdiri daripada anggota-anggota daripada Barisan Nasional (BN). Sesi menghadap secara individu dijadualkan berlangsung pada pukul 10.30 pagi.

“Proses ini adalah bertujuan supaya baginda dapat membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, baginda menitahkan rakyat agar bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu dan pelantikan bakal Perdana Menteri ke-10 selesai.

“Yang di-Pertuan Agong turut menyeru rakyat untuk bersama mendoakan semoga proses tersebut dipermudahkan dan berjalan lancar demi kepentingan tanah air yang tercinta.

“Baginda mengajak rakyat bersama mendoakan agar negara dan rakyat sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah,” katanya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap baginda kira-kira pukul 4.30 petang tadi.

Advertisement

Setakat ini jawatan Perdana Menteri ke-10 masih belum diputuskan dan disepakati oleh Yang di-Pertuan Agong. – The Merdeka Times

PRU-15

Saingan 6 penjuru di Parlimen Padang Serai 

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Padang Serai yang ditangguhkan sebelum ini, akan menyaksikan persaingan enam penjuru.

Wartawan TMT

Published

on

Saingan 6 penjuru di Parlimen Padang Serai 
Foto (dari kiri): Dr Mohamad Sofee Razak (Pakatan Harapan), Datuk C. Sivarraajh (Barisan Nasional), Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional), Hamzah Abd Rahman (Pejuang), dan Sreananda Rao (Bebas).
  • PRU15 kerusi Parlimen Padang Serai yang ditangguhkan sebelum ini, akan menyaksikan persaingan enam penjuru.
  • Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Padang Serai, Datuk Abdul Bari Abdullah umumkan perkara tersebut setelah tempoh penamaan calon ditutup jam 10 pagi tadi.
  • Antara calon yang terlibat adalah Datuk Azman Nasrudin (PN), Datuk Sivarraajh Chandran (BN), Hamzah Abdul Rahman (PEJUANG); Dr Mohamed Sofee Razak dari (PH), calon Bebas, Sreanandha Rao dan Mohd Bakri Hashim mewakili WARISAN.
  • Undi bagi Parlimen Padang Serai ditangguh susulan kematian calon PH iaitu M Karupaiya pada 16 November lalu.
  • SPR menetapkan hari pengundian pada 7 Disember dan pengundian awal 3 Disember, serta tempoh berkempen selama 13 hari.

KULIM: Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Padang Serai yang ditangguhkan sebelum ini, akan menyaksikan persaingan enam penjuru.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Padang Serai, Datuk Abdul Bari Abdullah, mengumumkan perkara itu selepas tempoh penamaan calon ditutup jam 10 pagi tadi.

Enam calon terbabit ialah Datuk Azman Nasrudin dari Perikatan Nasional (PN); Datuk Sivarraajh Chandran dari Barisan Nasional (BN); Hamzah Abdul Rahman (PEJUANG); Dr Mohamed Sofee Razak dari Pakatan Harapan (PH); calon Bebas, Sreanandha Rao dan Mohd Bakri Hashim mewakili WARISAN.

Pengundian bagi kerusi Parlimen Padang Serai ditangguhkan susulan kematian calon yang telah disahkan bertanding sebelum ini iaitu M Karupaiya daripada PH pada 16 November lalu dipercayai akibat serangan jantung dan komplikasi kesihatan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 7 Disember depan dan pengundian awal 3 Disember, dengan tempoh berkempen selama 13 hari hingga jam 11.59 malam 6 Disember bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding.

Sumber: Berita Harian

 

Advertisement
Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending