Terkini
“Usahakan muafakat dalam kalangan parti politik Melayu” – Ummah
Gerakan Pembela Ummah (Ummah) menyeru pemimpin dan parti politik Melayu Islam supaya terus bermusyawarah berhubung agenda muafakat bagi mengekalkan dominasi kuasa politik Melayu, Islam di 110 kerusi dominan Melayu.

- Ummah menyeru pemimpin dan parti politik Melayu Islam untuk bermuafakat demi mengekalkan dominasi kuasa politik Melayu, Islam.
- Umat Islam juga diseru untuk sentiasa menyokong penyatuan muafakat politik Islam demi kestabilan dan kesejahteraan negara.
- Ummah berkongsi kekecewaan Yang di-Pertuan Agong melihat pembubaran Parlimen ke-14 dikala negara dijangka menghadapi musim tengkujuh.
- Bagaimanapun mandat rakyat mesti disempurnakan dengan sebaiknya dalam PRU15 ini dengan memilih pemimpin dan parti yang bertanggungjawab kepada kedaulatan agama, bangsa dan negara.
Gerakan Pembela Ummah (Ummah) menyeru pemimpin dan parti politik Melayu Islam supaya terus bermusyawarah berhubung agenda muafakat bagi mengekalkan dominasi kuasa politik Melayu, Islam di 110 kerusi dominan Melayu.
Pengerusi Ummah, Mohd Zai Mustafa bagaimanapun menzahirkan kekecewaan dengan pembubaran Parlimen tahun ini dalam situasi negara dijangka berdepan dengan musim tengkujuh.
“Ummah juga menyeru agar semua pemimpin dan parti politik Melayu Islam terus bermusyawarah ke arah memperkasa agenda muafakat politik bagi mengekalkan dominasi kuasa politik Melayu Islam di 110 kerusi dominan Melayu Islam.
“Ummah juga menyeru umat Islam terus memberikan sokongan kepada penyatuan muafakat politik Islam bagi mengukuhkan kestabilan dan kesejahteraan negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pembubaran Parlimen ke-14, memberi laluan kepada pilihan raya umum diadakan dalam tempoh 60 hari.
Dalam pada itu, Ummah senada dengan Yang di-Pertuan Agong yang kecewa dengan situasi politik terkini negara ketika ini. “Kerajaan sewajarnya menumpukan kepada usaha membantu kebajikan dan kesejahteraan rakyat berdepan bencana dan banjir.
“Walau bagaimana pun mandat rakyat mestilah disempurnakan dengan sebaiknya dalam PRU15 ini dengan memilih pemimpin dan parti yang bertanggungjawab kepada kedaulatan agama, bangsa dan negara,” katanya lagi.
Sumber: Malaysiakini
Terkini
Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

- Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
- Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
- Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
- “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
- Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.
“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.
Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.
Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel.
Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS