Antarabangsa
TikTok bakal didenda 27 juta pound, langgar privasi kanak-kanak
TikTok bakal dikenakan denda 27 juta pound kerana didapati gagal melindungi privasi kanak-kanak yang menggunakan platform tersebut ekoran Pejabat Pesuruhjaya Maklumat UK (ICO) mendapati platform berkenaan membuat perkongsian video yang berkemungkinan telah memproses data kanak-kanak bawah 13 tahun tanpa kebenaran yang sewajarnya.

- Pejabat Pesuruhjaya Maklumat UK (ICO) dapati platform itu buat perkongsian video yang mungkin telah proses data kanak-kanak bawah 13 tahun tanpa kebenaran sewajarnya.
- ICO telah mengeluarkan TikTok Inc dan TikTok Information Technologies UK Limited dengan “notice of intent”
- Pandangan sementara ICO adalah TikTok melanggar undang-undang perlindungan data UK antara Mei 2018 dan Julai 2020.
TikTok bakal dikenakan denda 27 juta pound kerana didapati gagal melindungi privasi kanak-kanak yang menggunakan platform tersebut ekoran Pejabat Pesuruhjaya Maklumat UK (ICO) mendapati platform berkenaan membuat perkongsian video yang berkemungkinan telah memproses data kanak-kanak bawah 13 tahun tanpa kebenaran yang sewajarnya.
ICO telah mengeluarkan TikTok Inc dan TikTok Information Technologies UK Limited dengan “notice of intent” – dokumen undang-undang yang mendahului kemungkinan didenda.
Menurut notis itu, pandangan sementara ICO adalah TikTok melanggar undang-undang perlindungan data UK antara Mei 2018 dan Julai 2020.
Dalam pada itu, menurut Ofcom, 44% daripada lapan hingga 12 tahun di UK menggunakan TikTok, walaupun polisinya melarang kanak-kanak bawah 13 tahun di platform tersebut.
Memetik daripada BBC, Pesuruhjaya Maklumat John Edwards berkata; “Syarikat yang menyediakan perkhidmatan digital mempunyai kewajipan undang-undang untuk memberikan perlindungan tersebut, tetapi pandangan sementara kami TikTok gagal memenuhi keperluan itu.”
TikTok telah melancarkan beberapa ciri untuk mengukuhkan privasi dan keselamatan di aplikasi itu – termasuk membenarkan ibu bapa membuat pautan akaun mereka kepada akaun anak mereka, dan melumpuhkan ‘direct message’ untuk kanak-kanak bawah 16 tahun.
Dilancarkan pada September tahun lalu, Kod Kanak-Kanak meletakkan kod amalan perlindungan data baharu untuk perkhidmatan dalam talian yang mungkin boleh diakses oleh kanak-kanak, dibina berdasarkan undang-undang perlindungan data sedia ada, dengan bayaran denda jika berlaku pelanggaran serius.
Ia menambah: “Kami akan mempertimbangkan dengan teliti sebarang representasi daripada TikTok sebelum membuat keputusan muktamad.”
Sumber : BBC
Antarabangsa
Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam
Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

- Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.
- Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.
- Pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.
- “Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.
- “Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.
GAZA: Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.
Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.
Dalam serangan bertali arus yang dilancarkan Israel dilihat cubaan untuk mengusir penduduk dari utara wilayah itu ke selatan.
Sementara itu, Hamas mengecam United Kingdom (UK) kerana merancang untuk melancarkan pengawasan melalui udara ke atas Semenanjung Gaza dengan menggelarkan negara itu sebagai rakan dalam perang Israel.
Memetik laporan media Arab, UK yang menjalankan penerbangan pengawasan ke atas Gaza didakwa mahu membantu mengesan tawanan Israel, kata Hamas menerusi satu kenyataan.
Pada Sabtu lalu, Kementerian Pertahanan UK mengesahkan bahawa tenteranya melakukan penerbangan pengawasan ke atas Gaza.
Dalam pada itu, pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.
“Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.
“Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.
Tentera Israel turut mengarahkan rakyat Palestin mengosongkan beberapa kawasan di dalam dan sekitar bandar Khan Younis.
Selain itu, rejim Zionis juga menyiarkan peta yang menunjukkan tempat perlindungan yang perlu dituju oleh rakyat Palestin dari Khan Younis sehingga ke selatan iaitu di Rafah bersempadan dengan Mesir.
Ramai penduduk Gaza mendakwa kawasan yang mereka dipaksa untuk pergi turut diserang. – AGENSI
Sumber: Berita Harian
-
Terkini4 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini4 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
Bekas banduan Palestin dakwa dicabul, diserang guna anjing di penjara rejim Israel