Connect with us

Antarabangsa

Tentera Udara Australia benarkan anggota berjambang mulai 1 November 2022

Bermula hari ini, anggota Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) dibenarkan menyimpan misai, janggut dan jambang sejajar perubahan dalam garis panduan pemakaian mereka, demikian lapor ABC.

Wartawan TMT

Published

on

Tentera Udara Australia benarkan anggota berjambang mulai 1 November 2022
Sumber: FB RAAF.
  • Bermula hari ini, Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) membenarkan anggotanya menyimpan misai, janggut dan jambang.
  • Marsyal Udara RAAF, Rob Chipman berkata perubahan itu bertujuan untuk bersikap lebih terbuka dengan adat dan norma masyarakat.
  • “Perubahan ini tidak akan menjejaskan keupayaan penting atau piawaian tinggi yang kami tetapkan untuk diri kami sendiri sebagai sebuah organisasi.” – Rob Chipman

Bermula hari ini, anggota Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) dibenarkan menyimpan misai, janggut dan jambang sejajar perubahan dalam garis panduan pemakaian mereka, demikian lapor ABC.

Marsyal Udara RAAF, Rob Chipman selaku Panglima Tentera Udara memberitahu melalui sepucuk surat, yang kelonggaran itu dilaksanakan dengan syarat ia mematuhi keperluan kesihatan dan keselamatan serta mengekalkan penampilan kemas dan profesional.

“Sebagai tentera udara, kita mesti memastikan kita terus berkembang dan memodenkan amalan kita,” katanya.

“Ini termasuk mewujudkan pilihan yang lebih besar untuk rakyat kita mengikut adat dengan norma masyarakat, yang mana mampu dan bersesuaian dilaksanakan.

“Perubahan ini tidak akan menjejaskan keupayaan penting atau piawaian tinggi yang kami tetapkan untuk diri kami sendiri sebagai sebuah organisasi,” kata Panglima Tentera Udara itu.

Sebelum ini, segelintir kakitangan RAAF membela misai, janggut dan jambang apabila mengambil bahagian dalam acara kutipan derma Movember Australia dan Decembeard Bowel Cancer Australia.

Peraturan mengenai misai, janggut dan jambang adalah berbeza bagi tentera udara, tentera laut dan tentera Australia.

Hanya kakitangan Tentera Laut Diraja Australia dibenarkan menyimpan janggut apabila diberikan kebenaran.

Mereka mesti mematuhi piawaian yang menyebut janggut mestilah kemas, dipangkas dan dipotong rapat, minimum 4mm dan maksimum 50mm.

Dalam tentera laut, peraturan penyimpanan bulu muka pernah diubah pada 1879 yang membenarkan semua pegawai dan lelaki menyimpan janggut.

Bagaimanapun, risiko bulu muka tersangkut dianggap berbahaya memaksa perubahan itu dikaji semula.

Pada 2019, Tentera Australia mengumumkan sedang mengkaji semula peraturan  menyimpan misai, janggut dan jambang dalam kalangan anggota mereka.

Sumber: ABC Net

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Jordan pintas dron Iran demi keselamatan rakyat – Kabinet Jordan

Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.
  • Menurut dua sumber keselamatan serantau, Jordan yang terletak di antara Iran dan Israel, telah bersiap siaga dengan pertahanan udara bagi memintas mana-mana dron atau peluru berpandu yang menceroboh ruang udaranya.

Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.

Itu kenyataan yang dikeluarkan kabinet negara tersebut semalam selepas masyarakat dunia mempersoalkan mengapa Jordan memintas dron Iran yang disasarkan ke wilayah jajahan haram Israel.

Iran melancarkan dron letupan dan melepaskan peluru berpandu ke Israel pada lewat malam Sabtu. Menurut dua sumber keselamatan serantau, Jordan yang terletak di antara Iran dan Israel, telah bersiap siaga dengan pertahanan udara bagi memintas mana-mana dron atau peluru berpandu yang menceroboh ruang udaranya.

“Beberapa serpihan jatuh di beberapa tempat pada masa itu tanpa menyebabkan sebarang kerosakan besar atau kecederaan kepada rakyat,” tambah kenyataan kabinet Jordan.

Pesawat pejuang A.S. dan British turut terlibat dalam menembak jatuh beberapa dron milik Iran di kawasan sempadan Iraq-Syria, lapor Saluran 12 Israel.

– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending