Antarabangsa
Tak masuk akal Muslim jadi Perdana Menteri India – Pemimpin Hindu BJP
Pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP) dan Menteri Pertanian di Karnataka, B.C. Patil mencetuskan perbalahan semalam selepas beliau berkata adalah tidak masuk akal bagi seorang Muslim menjadi Perdana Menteri India.

- Pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP), B.C. Patil mencetuskan perbalahan semalam selepas beliau berkata adalah tidak masuk akal bagi seorang Muslim menjadi Perdana Menteri India.
- Patil yang juga Menteri Pertanian di Karnataka, India, berkata perkara itu mustahil berlaku di negara majoriti Hindu itu.
- Pemimpin parti Hindu berhaluan kanan itu turut menegaskan keperluan untuk melaksanakan Kod Sivil Seragam di negara itu.
GADAG, (KARNATAKA) – Pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP) dan Menteri Pertanian di Karnataka, B.C. Patil mencetuskan perbalahan semalam selepas beliau berkata adalah tidak masuk akal bagi seorang Muslim menjadi Perdana Menteri India.
“Ini adalah ‘Bharat’. Mustahil seorang Muslim menjadi Perdana Menteri di sini,” kata Patil kepada pemberita dipetik Newsroom Odisha.
Apabila ditanya sekali lagi pemberita, Patil menegaskan tidak mungkin seorang Muslim boleh menjadi Perdana Menteri.
“Ini Bharat,” dia mengulanginya
Pemimpin parti Hindu berhaluan kanan itu turut menegaskan keperluan untuk melaksanakan Kod Sivil Seragam di negara itu.
“Pusat (kerajaan) perlu membentuk undang-undang dalam hal ini. Apabila ia selesai, Kanun Sivil Seragam akan dilaksanakan di seluruh negara,” katanya.
Sumber : Newsroom Odisha
