Connect with us

Antarabangsa

Tamatkan segera pembunuhan beramai-ramai etnik Uyghur di China! – WUC

Kongres Uyghur Sedunia (WUC) menggesa Setiausaha Agung Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping untuk menamatkan segera dasar pembunuhan beramai-ramai terhadap etnik Uyghur dan Turki di republik itu.

Wartawan TMT

Published

on

Tamatkan segera pembunuhan beramai-ramai etnik Uyghur di China! - WUC
Foto: Sumber The Guardian.
  • Kongres Uyghur Sedunia (WUC) gesa Setiausaha Agung Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping menamatkan dasar pembunuhan beramai-ramai terhadap masyarakat Uyghur dan Turki di China.
  • Berjuta-juta etnik Uyghur ditahan sewenang-wenangnya di kem tahanan, mereka diseksa, berdepan keganasan seksual dan jantina, kekurangan zat makanan serta tidak mempunyai akses kepada infrastruktur sanitari.
  • Masyarakat Uyghur terus derita akibat buruh paksa, dasar pencegahan kelahiran, pemisahan keluarga, kemusnahan tapak serta bangunan budaya dan agama.

Kongres Uyghur Sedunia (WUC) menggesa Setiausaha Agung Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping untuk menamatkan segera dasar pembunuhan beramai-ramai terhadap etnik Uyghur dan Turki di republik itu.

WUC dalam kenyataannya 15 Oktober lalu berkata, tiada siapa dapat menjangkakan penderitaan yang akan menimpa etnik Ugyhur sewaktu Xi Jinping memulakan penggal pertamanya sebagai Setiausaha Agung PKC sedekad yang lalu.

“Dalam sepuluh tahun di bawah kepimpinannya, Kerajaan China mengatur dan melaksanakan dasar penindasan terhadap etnik Uyghur dan etnik Turki lain di Turkistan Timur yang kini diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai jenayah terhadap kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai,” kata Presiden WUC, Dolkun Isa ketika Xi Jinping bersedia mengekalkan jawatannya di PKC bagi penggal ketiga.

Sepanjang dua penggal terakhir Xi Jinping, berjuta-juta etnik Uyghur ditahan sewenang-wenangnya di kem tahanan di mana mereka diseksa, berhadapan keganasan seksual dan jantina, kekurangan zat makanan serta tidak mempunyai  akses kepada infrastruktur sanitari.

“Secara keseluruhan di Turkistan Timur masyarakat Uyghur terus menderita akibat buruh paksa, dasar pencegahan kelahiran, pemisahan keluarga, dan kemusnahan tapak dan bangunan budaya dan agama.

“Malah dalam beberapa bulan terakhir, penindasan di Turkistan Timur tidak menunjukkan tanda-tanda ianya akan berhenti. 

“Sekatan yang sangat keras menyebabkan ramai masyarakat Uyghur terjejas tanpa sumber keperluan seperti makanan dan ubat-ubatan, hingga etnik Uyghur perlu menggunakan media sosial untuk merayu bantuan,” kata kenyataan itu.

Dilaporkan lebih 20 etnik Uyghur meninggal dunia akibat kebuluran dan  kekurangan bantuan perubatan.

WUC berkata dasar genosid PKC memberi kesan buruk kepada masa depan etnik Uyghur. 

Selain daripada trauma transgenerasi yang teruk, statistik tentang kadar kelahiran Uyghur menunjukkan berjuta-juta kelahiran etnik Uyghur akan dihalang dalam dua dekad akan datang.

Dasar Xi Jinping juga menyebabkan hubungan antara China dan negara lain di seluruh dunia menjadi renggang, kata kenyataan itu.

Ini berikutan dunia hari ini semakin lantang menentang jenayah kekejaman dan melaksanakan dasar untuk meminta Kerajaan China bertanggungjawab. 

WUC berkata langkah sebegini bukan sahaja secara langsung akan merugikan pihak yang bertanggungjawab, malah ia akan memberi kesan kepada masyarakat cina secara keseluruhannya.

WUC menyeru pembaharuan dalam PKC iaitu segera menamatkan kekejaman ini, membebaskan tanpa syarat semua individu yang ditahan sewenang-wenangnya dan merombak sistem buruh paksa di Turkistan Timur.

Sumber : Uyghur Congress

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Pintas serangan Iran, hubungan Jordan-Israel masih kukuh?

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) & Raja Jordan, king Abdullah II ibn Al-Hussein (kanan).
  • Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.
  • Felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata,campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan.Sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel. – Ghaith al-Omari
  • Pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Menurut portal berita online zionis, Times Of Israel, walaupun bantuan ketenteraan yang diberikan Amman kepada Israel mengejutkan ramai penduduknya namun ia tetap disambut penuh semangat di negara jajahan Yahudi tersebut.

Bagi sesetengah pengulas, campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan. Ghaith al-Omari, warga asal Jordan yang juga seorang felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata, sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel.

“Walaupun terdapat ketegangan politik antara Jordan dan Israel, hubungan ketenteraan dan perisikan tidak pernah berhenti,” katanya. 

“Sebenarnya, semakin politik memburuk, semakin rapatlah tentera, kerana mereka berdua memahami keperluan untuk mengekalkan hubungan ini. Ini sebahagian daripada doktrin ketenteraan Jordan dan doktrin ketenteraan Israel,” kata al-Omari dipetik TOI.

Seorang pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Jelasnya, apa yang berlaku pada malam Sabtu lalu, tidak boleh dikira sebagai mempertahankan Israel, sebaliknya mempertahankan kedaulatan Jordan dan ruang udara negara tersebut.

Pada 1994, Jordan menjadi negara Arab kedua yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel (selepas Mesir pada 1979). Jordan melihat dirinya sebagai penjaga tapak suci umat Islam di Kota Lama Baitulmaqdis termasuk perkarangan Al-Aqsa dan kedua-dua negara itu juga mempunyai kerjasama keselamatan dan perisikan yang kukuh. 

Hubungan itu bagaimanapun mulai tegang sejak tercetusnya Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober tahun lalu.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending