Connect with us

Antarabangsa

Stadium Piala Dunia Qatar dibina syarikat sama kem tahanan Uyghur di China?

Sebuah syarikat pembinaan China yang membina tempat perlawanan akhir Piala Dunia Qatar didakwa membina penjara yang digunakan untuk menahan umat Islam Uyghur, demikian laporan The Times. 

Wartawan TMT

Published

on

Stadium Piala Dunia Qatar dibina syarikat sama kem tahanan Uyghur di China?
  • Syarikat pembinaan China yang membina tempat perlawanan akhir Piala Dunia Qatar didakwa membina penjara bagi penahanan umat Islam Uyghur di China.
  • Syarikat itu dipercayai bekerjasama dengan sebuah badan kerajaan yang disekat atas pelanggaran hak asasi manusia di negara itu.
  • Kebimbangan berkenaan hak asasi manusia itu menyelubungi perlawanan Piala Dunia Qatar yang pertama kali diadakan di negara Islam.
  • Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini mengatakan China mungkin bersalah atas “jenayah terhadap kemanusiaan” di Xinjiang melalui “penahanan sewenang-wenang dan diskriminasi” Uyghur dan minoriti Islam lain.

Sebuah syarikat pembinaan China yang membina tempat perlawanan akhir Piala Dunia Qatar didakwa membina penjara yang digunakan untuk menahan umat Islam Uyghur, demikian laporan The Times. 

China Railway Construction Corporation (CRCC), yang membantu membina stadium Lusail di Doha, sebelum ini dipercayai bekerja untuk Xinjiang Production and Construction Corps iaitu sebuah badan kerajaan berpangkalan di barat China yang disekat atas pelanggaran hak asasi manusia, menurut pendedahan akhbar London pada Khamis lalu dipetik Middle East Eye. 

Pada Mac lalu, Kesatuan Eropah menyertai Amerika Syarikat (AS) dalam menyekat kepimpinan Corps kerana “pelanggaran hak asasi manusia yang kejam”.

Bagaimanapun, CRCC dan jawatankuasa penganjur Piala Dunia Qatar tidak menjawab maklum balas Middle East Eye untuk mengulas berkenaan laporan The Times itu.

Kebimbangan berkenaan hak asasi manusia itu menyelubungi perlawanan Piala Dunia Qatar yang dijadual bermula 20 November ini dan temasya sukan itu adalah pertama kali diadakan di negara Arab atau negara Muslim.

Beberapa negara Eropah mengumumkan beberapa bentuk boikot ke atas pertandingan antarabangsa itu, termasuk pasukan bola sepak Denmark yang mendedahkan rekaan baju protes terhadap syarat pekerja asing di Qatar.

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini mengatakan China mungkin bersalah atas “jenayah terhadap kemanusiaan” di Xinjiang melalui “penahanan sewenang-wenang dan diskriminasi” Uyghur dan minoriti Islam lain.

Dakwaan itu ditolak dengan marah oleh China tetapi disambut dengan senyap negara-negara majoriti Islam di Timur Tengah, Afrika Utara dan lain-lain yang kebanyakannya sedang membina hubungan kukuh dengan Beijing.

Sumber: Middle East Eye

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending