Connect with us

Terkini

Malaysia-Brunei perkukuh kerjasama bidang belia dan sukan, kehakiman syariah

Malaysia dan Brunei bersetuju untuk memperkukuhkan kerjasama dalam bidang belia dan sukan, serta kehakiman syariah melalui pemeteraian dua memorandum persefahaman (MoU) di Putrajaya semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Malaysia-Brunei perkukuh kerjasama bidang belia dan sukan, kehakiman syariah
Foto: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah (kiri) dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan).
  • Malaysia dan Brunei bersetuju untuk memperkukuhkan kerjasama dalam bidang belia dan sukan, serta kehakiman syariah melalui pemeteraian dua memorandum persefahaman (MoU) di Putrajaya semalam.
  • Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Datuk Mohd Amran Mat Zain pula menandatangani MoU berkaitan kehakiman syariah dengan Ketua Hakim Syarie Brunei Datuk Paduka Seri Setia Awang Salim Besar.
  • Menurut kenyataan Wisma Putra, lawatan negara Sultan Hassanal Bolkiah itu bertepatan dengan Perundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei (ALC) ke-24 yang akan dihadiri oleh baginda dan Anwar.
  • Lawatan Sultan Brunei itu akan mengukuhkan lagi hubungan terjalin lama dan kerjasama pelbagai aspek antara kedua-dua negara dan rakan kongsi di ASEAN.

PUTRAJAYA – Malaysia dan Brunei bersetuju untuk memperkukuhkan kerjasama dalam bidang belia dan sukan, serta kehakiman syariah melalui pemeteraian dua memorandum persefahaman (MoU) di Putrajaya semalam.

Turut dimeterai di Putrajaya sempena lawatan negara Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah selama tiga hari ke Malaysia itu ialah perjanjian triti berkaitan Pemindahan Antarabangsa Banduan (ITOP).

Pertukaran MoU dan perjanjian triti itu berlangsung di Seri Perdana di sini yang disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sultan Brunei.

MoU membabitkan kerjasama dalam bidang belia dan sukan ditandatangani oleh Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, serta Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Brunei Datuk Seri Setia Awang Nazmi Mohamad.

Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Datuk Mohd Amran Mat Zain pula menandatangani MoU berkaitan kehakiman syariah dengan Ketua Hakim Syarie Brunei Datuk Paduka Seri Setia Awang Salim Besar.

Perjanjian triti ITOP pula ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan rakan sejawatannya dari Brunei Datuk Seri Setia Awang Ahmaddin Abdul Rahman.

Terdahulu, keberangkatan tiba Sultan Brunei di kediaman rasmi Perdana Menteri itu pada kira-kira jam 4 petang disambut Anwar dengan diiringi tarian tradisional.

Advertisement

Sultan Brunei dan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha berangkat tiba di Pangkalan Udara Subang pada Rabu bagi memulakan lawatan negara ke Malaysia selama dua hari sehingga semalam.

Menurut kenyataan Wisma Putra, lawatan negara Sultan Hassanal Bolkiah itu bertepatan dengan Perundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei (ALC) ke-24 yang akan dihadiri oleh baginda dan Anwar.

Lawatan Sultan Brunei itu akan mengukuhkan lagi hubungan terjalin lama dan kerjasama pelbagai aspek antara kedua-dua negara dan rakan kongsi di ASEAN.

Pada 2022, Brunei adalah rakan dagangan ke-26 terbesar Malaysia dan keenam terbesar dalam ASEAN dengan jumlah perdagangan berjumlah RM13.22 bilion (AS$2.98 bilion), peningkatan 68.4 peratus berbanding nilai yang dicatatkan pada 2021.

Sumber : Berita Harian

Author

Antarabangsa

Penyakit usus merebak dalam kalangan tentera zionis Israel

Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.
  • Sejak bermulanya peperangan di Gaza, sumbangan makanan mula diterima tentera Israel dan ia menyebabkan peningkatan penyakit usus dalam kalangan tentera.
  • Keputusan ujian dijalankan ke atas tentera mendedahkan adanya bakteria yang menyebabkan disentri (keradangan dan gangguan usus), sekaligus menyebabkan cirit birit teruk dan meningkatnya suhu badan.
  • Akhbar itu juga memetik doktor merawat tentera-tentera berkenaan mendakwa sumbangan bahan makanan dengan keadaan atau cara penyimpanannya, selain faktor pengangkutan dan penyediaannya menjadi punca kepada jangkitan itu.

GAZA – Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.

Sejak bermulanya peperangan di Gaza, sumbangan makanan mula diterima tentera Israel dan ia menyebabkan peningkatan penyakit usus dalam kalangan tentera.

Keputusan ujian dijalankan ke atas tentera mendedahkan adanya bakteria yang menyebabkan disentri (keradangan dan gangguan usus), sekaligus menyebabkan cirit birit teruk dan meningkatnya suhu badan.

Akhbar itu juga memetik doktor merawat tentera-tentera berkenaan yang mendakwa sumbangan bahan makanan dengan keadaan atau cara penyimpanannya, selain faktor pengangkutan dan penyediaannya menjadi punca kepada jangkitan itu.

Pengarah Unit Penyakit Berjangkit Hospital Assuta di Ashdod, Dr Tal Brosh menjelaskan situasi luar jangka dihadapi tentera-tentera rejim zionis itu.

“Cirit-birit merebak di kawasan-kawasan perkumpulan tentera di selatan dan kemudiannya (merebak) sesama tentera yang berperang di Gaza.

“Jangkitan dengan bakteria Shigella yang menyebabkan disenteri telah didiagnos dan ia merupakan penyakit yang sangat serius. 

Advertisement

“Penyakit itu juga merebak dalam kalangan tentera di Gaza, dan jangkitan bakteria Shigella  boleh terjadi melalui hubungan langsung sesama individu (direct contact) atau melalui makanan,” katanya dipetik Jordan News.

Sumber: Jordan News

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending