Connect with us

Terkini

Isu hak pemain ragbi ‘dirompak’ turut berlaku di negeri lain – Netizen

Insiden Jawatankuasa Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) Selangor didakwa tidak professional dan melanggar peraturan dalam membatalkan keputusan yang diadili dua kali sebelum itu tular di laman sosial dan didakwa telah ‘merompak’ hak pemain ragbi  terbabit untuk beraksi di Final Cup. 

Hanani Zulkifli

Published

on

Isu hak pemain ragbi ‘dirompak’ turut berlaku di negeri lain – Netizen
Foto: Tangkap layar beberapa kritikan netizen di Facebook mengenai isu hak pemain ragbi.
  • Insiden Jawatankuasa Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) Selangor didakwa tidak professional dan melanggar peraturan dalam membatalkan keputusan yang diadili dua kali sebelum itu tular di laman sosial dan didakwa telah ‘merompak’ hak pemain ragbi terbabit untuk beraksi di Final Cup. 
  • Tinjauan The Merdeka Times mendapati terdapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen berhubung isu itu yang didakwa bukan hanya berlaku di Selangor, tetapi juga negeri lain termasuk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 
  • Rata-ratanya netizen turut mengecam dan mengekspresikan kekecewaan mereka terhadap kelakuan pegawai kejohanan itu, malah turut berkongsi pengalaman yang sama seolah-olah insiden terbabit perkara biasa di kejohanan-kejohanan sukan.

KUALA LUMPUR – Insiden Jawatankuasa Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) Selangor didakwa tidak professional dan melanggar peraturan dalam membatalkan keputusan yang diadili dua kali sebelum itu tular di laman sosial dan didakwa telah ‘merompak’ hak pemain ragbi  terbabit untuk beraksi di Final Cup. 

Tinjauan The Merdeka Times mendapati terdapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen berhubung isu itu yang didakwa bukan hanya berlaku di Selangor, tetapi juga negeri lain termasuk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  

Rata-ratanya netizen turut mengecam dan mengekspresikan kekecewaan mereka terhadap kelakuan pegawai kejohanan itu, malah turut berkongsi pengalaman yang sama seolah-olah insiden terbabit perkara biasa di kejohanan-kejohanan sukan.

“Saya tidak terkejut isu ini berlaku membabitkan sekolah tertentu dari Hulu Selangor yang amat terkenal dengan keputusan bias dan permainannya yang ‘unsportsmanlike’,” kata netizen, Ashraf Shamshiri di media sosial.

Foto 1: Tangkap layar kritikan netizen di ruangan komen di Facebook.

Foto 2: Tangkap layar kritikan netizen di ruangan komen di Facebook.

Malah, terdapat komentar dari Anom Abu Bakar yang turut berkongsi pengalamannya di mana keputusan seri hanya diputuskan melalui ‘toss coin’ (baling duit syiling).

Beliau menyifatkan kejadian itu seperti ‘merompak’ hak pemain-pemain untuk bermain secara adil selain mendakwa pemilihan pemain juga hanya dibuat secara rambang. 

“Buat apa lagi bagi MVP setiap game kalau kau measure player dengan 1 game jek,” katanya.

Foto 3: Tangkap layar kritikan netizen di ruangan komen di Facebook.

Foto 4: Tangkap layar kritikan netizen di ruangan komen di Facebook.

Disebabkan kelakuan pegawai kejohanan tidak profesional membuatkan netizen, Jarr Nadjmuddean mempersoalkan kredibiliti dan ketelusan pegawai kejohanan di Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSSWPKL).

Beliau juga mendakwa berlakunya konspirasi atau ‘perancangan’ antara pihak terbabit dan sekolah. 

Advertisement

“Macam ada konspirasi taknak sekolah tertentu pergi jauh. Aku pun nak bawak hal ini ke jabatan lah. Terlalu kelakar. Kemenangan bebudak ni ‘dirompak’ gitu je oleh sekolah yang takde experience main rugbi,” katanya. 

Foto 5: Tangkap layar kritikan netizen di ruangan komen di Facebook.

Foto 6: Tangkap layar kritikan netizen di ruangan komen di Facebook.

Sebelum ini, Jawatankuasa Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) Selangor didakwa tidak profesional dan melanggar peraturan dalam membatalkan keputusan perlawanan separuh akhir Kejohanan Ragbi MSS Selangor (kategori Cup) antara Petaling Utama (PU) dan Hulu Selangor (HUSEL) yang dimuktamadkan pengadil pada Rabu lalu.

Perkara itu diutarakan aktivis masyarakat, Firdaus Wong Wai Hung dalam Facebooknya kelmarin, yang berkongsi pengalamannya menonton kejohanan turut menyelar tindakan pegawai kejohanan yang disifatkannya tidak profesional kerana tidak mengikut prosedur dan melanggar peraturan ditetapkan.  – The Merdeka Times  

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending