Connect with us

Terkini

PRU15: Perlu lebih ramai calon muda, orang lama jadi penasihat

Semua parti politik perlu berani melakukan perubahan dengan meletakkan lebih ramai calon muda dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Wartawan TMT

Published

on

PRU15: Perlu lebih ramai calon muda, orang lama jadi penasihat
  • Perkara itu selari keperluan semasa termasuk pertambahan pengundi muda susulan pelaksanaan Undi 18.
  • PH dan BN, pernah guna pendekatan ini dan berjaya raih kemenangan.
  • “Undi kali ini undi orang muda. Jadi saya rasa mereka tidak lagi melihat lambang (parti), tetapi individu bertanding,” – Bekas Exco Pemuda UMNO, Syamsul Baharin.
  • Negara tidak pernah ketandusan calon muda, sebaliknya hanya tidak diberikan ruang seluasnya oleh parti untuk lebih ke hadapan.
  • “Terserah kebijaksanaan pemimpin letakkan calon-calon muda, tidak semestinya orang lama bersara, cuma yang berusia boleh menasihati dan jadi pemantau.”

IPOH – Semua parti politik perlu berani melakukan perubahan dengan meletakkan lebih ramai calon muda dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Bekas Exco Pemuda UMNO, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi berkata, perkara itu selari dengan keperluan semasa termasuk pertambahan pengundi muda susulan pelaksanaan Undi 18.

“Pada PRU14, Pakatan Harapan (PH) ketika itu sudah mula ambil pendekatan ini dengan meletakkan calon-calon muda dan mereka berjaya.

“Keadaan ini beri tamparan hebat kepada BN dan kita lihat pada PRN (pilihan raya negeri) Melaka dan Johor, BN mula letak calon muda hampir 60 ke 70 peratus yang akhirnya membawa kemenangan.

“Jadi pada saya, mana-mana parti pun perlu ambil peluang itu dengan ketengahkan lebih ramai calon muda,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini pada Khamis.

Beliau yang merupakan Exco Pemuda ketika pergerakan itu diketuai Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada sesi 2013 – 2018 lalu berpendapat, senario politik semasa menunjukkan rakyat khususnya pengundi muda tidak hanya memilih calon berdasarkan parti semata-mata.

Katanya, apatah lagi ketika ini, pecahan parti politik dalam negara sudah terlalu banyak.

“Undi kali ini adalah undi orang muda. Jadi saya rasa mereka tidak lagi melihat lambang (parti), tetapi individu yang bertanding,” katanya.

Bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat itu berkata, negara tidak pernah ketandusan calon muda, sebaliknya hanya tidak diberikan ruang seluasnya oleh parti untuk lebih ke hadapan.

Jelas beliau, sekiranya diberikan peluang sebagai calon, pastinya anak muda itu sedia memberikan perkhidmatan kepada kawasan yang diwakili.

“Terserah kepada kebijaksanaan pemimpin untuk meletakkan calon-calon muda, tidak semestinya orang lama bersara, cuma yang mana berusia boleh menasihati dan jadi pemantau.

“Saya yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad pun akan letak ramai calon muda,” katanya.

Dianggarkan lebih 21 juta pemilih berdaftar pada PRU15 ini dengan 58 peratus adalah mereka dalam kelompok usia 18 hingga 40 tahun.

Belia berusia 18 hingga 20 tahun merangkumi 16 peratus daripada 6.9 juta pengundi baharu.

Sumber: Sinar Harian

Author

Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending