Antarabangsa
Pondan rogol wanita di Oklahoma
Seorang lelaki berpakaian wanita telah ditangkap selepas merogol seorang wanita secara berulang kali di Tulsa, Oklahoma.
- Herd mengacu pistol ke arah mangsa untuk masuk ke bilik motel kemudian memukul mangsa dan merogolnya sebanyak dua kali.
- Dua hari kemudian, pekerja motel yang melihat kehadiran Herd di kawasan itu menghubungi pihak polis.
- Herd berjaya ditangkap selepas pihak polis melancarkan pencarian menggunakan helicopter.
- Herd juga mempunyai sejarah jenayah seks lain sebelum ini.
Seorang lelaki berpakaian wanita telah ditangkap selepas merogol seorang wanita secara berulang kali di Tulsa, Oklahoma.
Brandon Herd kini ditahan dengan ikat jamin $210,000 bagi pertuduhan merogol dan merompak, susulan serangan kejam terhadap seorang wanita di sebuah motel pada 27 September.
Pada awal pagi hari kejadian, Herd mengetuk pintu bilik motel mangsa dan bertanya tentang di mana dia boleh membeli dadah. Selepas mangsa menjawab yang dia tidak tahu, Herd mengacukan pistol pada mangsa untuk masuk ke bilik tersebut lalu memukul mangsa.
Kapten Richard Meulenberg dari Jabatan Polis Tulsa berkata kepada FOX23: “Dia mengugut mangsa menggunakan pistol untuk membenarkannya masuk, memukul mangsa dengan pistol, dan seterusnya merogol mangsa. Bukan sekali tapi dua kali. Ia agak mengerikan, dia memegang pistol sepanjang masa.”
Seorang warga emas dilaporkan turut berada di dalam bilik tersebut, tidak berdaya untuk membantu mangsa apabila melihat Herd memegang pistol ke kepala mangsa sepanjang merogol mangsa. Herd juga memakai pakaian wanita semasa melakukan jenayah itu.
Sebelum meninggalkan bilik, Herd menggeledah bilik itu dan mengambil barang peribadi mangsa sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta kuning.
Pada 29 September, pekerja di motel itu menghubungi polis selepas melihat Herd di kawasan itu. Pencarian helikopter dilancarkan dalam usaha untuk menjejaki Herd, dan dia berjaya ditangkap meskipun kru helikopter pada awalnya terkeliru dengan penampilan Herd yang berpakaian wanita.
Mangsa juga dapat mengenal pasti Herd, dan mendapati Herd memiliki barang-barangnya.
Selain pertuduhan rogol dan rompakan, Herd juga menghadapi pertuduhan berkaitan gagal mendaftar sebagai pesalah seks, menunjukkan bahawa dia pernah disabitkan dengan jenayah seks sebelum ini.
Sumber: Reduxx