Terkini
PM jumpa Zahid, bayangan bubar parlimen semakin hampir
Ketua-ketua Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO diberi bayangan bahawa tarikh pembubaran Parlimen yang akan dibuat dalam masa terdekat.

- Ketua-ketua Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO diberi bayangan tarikh pembubaran Parlimen akan dibuat dalam masa terdekat.
- “Bayangan tarikh pembubaran very soon (Perjumpaan) lebih kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Dah ada persetujuan untuk adakan pilihan raya dalam waktu terdekat,” – Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak
- “Ismail Sabri turut memberi ingatan kepada kepimpinan UMNO agar tidak ‘tembak kaki’ sesama sendiri. Kita nak pilihan raya, maknanya solidariti kena kuat antara kita,” – Ketua UMNO Bahagian Batu
- Ini susulan Perjumpaan Khas Bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diadakan secara tertutup pada Selasa.
KUALA LUMPUR – Ketua-ketua Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO diberi bayangan bahawa tarikh pembubaran Parlimen yang akan dibuat dalam masa terdekat.
Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Seri Rizalman Mokhtar berkata, perkara itu merupakan antara intipati Perjumpaan Khas Bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang diadakan secara tertutup pada Selasa.
“Bayangan tarikh pembubaran very soon (Perjumpaan) lebih kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Dah ada persetujuan untuk adakan pilihan raya dalam waktu terdekat,” katanya ringkas kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahaya Mat Ghani @ Abbas berkata, antara lain Ismail Sabri turut memberi ingatan kepada kepimpinan UMNO agar tidak ‘tembak kaki’ sesama sendiri.
“Kita nak pilihan raya, maknanya solidariti kena kuat antara kita,” katanya.
Perjumpaan bermula jam 3 petang di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) itu berlangsung selama sejam dan dihadiri 191 bahagian UMNO.
Sumber : Sinar Harian
Terkini
Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

- Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
- Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
- Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
- “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
- Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.
“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.
Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.
Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel.
Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
-
Terkini4 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN