Antarabangsa
Pelakon filem lucah di UK hentikan penggambaran ekoran penularan wabak sifilis
Beberapa bintang filem lucah di United Kingdom menghentikan penggambaran ekoran penularan wabak sifilis di Eropah, sekalipun mereka perlu berhadapan dengan kerugian besar, lapor The Independent.

- Kesannya, mereka berhadapan dengan kerugian besar, lapor The Independent.
- Sifilis ialah jangkitan seksual (STI) yang boleh disembuhkan dengan mudah menggunakan antibiotik tetapi boleh mencetuskan isu serius dan mengancam nyawa jika tidak dirawat – dengan simptom secara rutin ringan dan sukar dikesan.
- PASS, sebuah syarikat menjalankan pangkalan data sijil kesihatan seksual pelakon dewasa AS berkata mereka dimaklumkan terdapat pelbagai ujian sifilis positif dalam kalangan bintang lucah di Eropah.
Beberapa bintang filem lucah di United Kingdom menghentikan penggambaran ekoran penularan wabak sifilis di Eropah, sekalipun mereka perlu berhadapan dengan kerugian besar, lapor The Independent.
Sifilis ialah jangkitan seksual (STI) yang boleh disembuhkan dengan mudah menggunakan antibiotik tetapi boleh mencetuskan isu serius dan juga mengancam nyawa jika tidak dirawat – dengan simptom yang secara rutin ringan dan sukar dikesan.
PASS, sebuah syarikat yang menjalankan pangkalan data sijil kesihatan seksual untuk pelakon lucah Amerika Syarikat (AS) mengatakan mereka dimaklumkan bahawa terdapat peningkatan hasil ujian sifilis positif dalam kalangan bintang lucah di Eropah – memberi amaran tentang “risiko penyakit itu disebarkan lebih meluas , termasuk dalam kalangan penghibur yang berpangkalan di AS” .
PASS, yang telah mengeluarkan amaran tentang sifilis di portal sumber global iaitu Xbiz.Net untuk pekerja industri porno pada minggu lalu, turut menyatakan ujian kesihatan seksual tidak diseragamkan dalam industri hiburan lucah di Eropah.
Berikutan itu, mereka belum mengetahui statistik terkini samada terdapat tambahan kes jangkitan sifilis.
“PASS tidak beroperasi secara rasmi di Eropah, dan mempunyai akses terhad kepada studio dan makmal Eropah,”
Baru-baru ini, STI dilaporkan meningkat di AS – dengan sifilis mengalami peningkatan sebanyak 26 peratus dari 2020 hingga 2021.
Sumber : Independent
Antarabangsa
‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman
Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

- Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
- Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
- Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
- “Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
- Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.
Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
“Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
Tuntutan itu juga mendakwa plaintif berdepan kemudaratan, penghinaan awam, pengawasan, gangguan dalam perjalanan, penafian pekerjaan dan “secara efektif dibuang oleh AS”.
Saman itu turut menegaskan walaupun dikeluarkan dari senarai pemantauan FBI itu, mereka tetap akan mengalami kesan negatif seumur hidup yang bakal memudaratkan mereka.
Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.
Bercakap kepada pemberita di New Jersey, Khairullah berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengapa namanya berada dalam senarai pemantauan itu dan tidak juga diperjelaskan jika namanya sudah dikeluarkan.
Sumber: Anadolu Ajansı
-
Terkini2 days ago
Anak mualaf bersyukur MRM bantu uruskan jenazah ibu
-
Terkini4 days ago
Peniaga terima wang menerusi DuitNow QR akan dicaj bermula 1 November
-
Antarabangsa3 days ago
Penutupan kerajaan AS tidak dapat dielakkan – Biden
-
Antarabangsa3 days ago
Malaysia dijangka beri pengecualian visa kepada pelancong China