Connect with us

Terkini

Pelajar dakwa dicabul perawat di tokong

Seorang pelajar perempuan mendakwa dicabul perawat sebuah tokong di Sungai Petani, Kedah dalam kejadian kira-kira 2 petang, Sabtu lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Pelajar dakwa dicabul perawat di tokong
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sabtu lalu, seorang pelajar perempuan mendakwa dicabul perawat sebuah tokong Sungai Petani, Kedah.
  • Pihak polis menerima laporan daripada mangsa.
  • Kejadian berlaku semasa mangsa mengikuti ibu dan bapanya pergi rumah ibadat untuk sembahyang.
  • Suspek berusia 55 tahun yang dikenali ibubapanya menyuruh mangsa naik ke tingkat satu untuk belajar ilmu agama.
  • Tiada bukti menyatakan mangsa dirogol kerana bilik dalam keadaan gelap.
  • Suspek direman selama tujuh hari untuk siasatan.

PETALING JAYA: Seorang pelajar perempuan mendakwa dicabul perawat sebuah tokong di Sungai Petani, Kedah dalam kejadian kira-kira 2 petang, Sabtu lalu.

Ketua Polis Kuala Muda, Zaidy Che Hassan, berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa di Balai Polis Tikam Batu, kelmarin.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 14 tahun bersama ibu dan bapanya pergi ke rumah ibadat berkenaan untuk bersembahyang.

“Suspek berusia 55 tahun kemudian meminta mangsa naik ke tingkat satu tokong untuk mengajarnya ilmu keagamaan.

“Ketika di dalam bilik, mangsa mendakwa dicabul individu terbabit yang dikenali ibu bapanya kerana lelaki itu pernah mengubati ibu mangsa sebelum ini.

“Bagaimanapun, mangsa tidak pasti sama ada suspek merogolnya atau tidak kerana semasa kejadian keadaan di dalam bilik itu gelap sebelum mereka pulang ke rumah kira-kira 4 petang,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Zaidy berkata, mangsa dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk pemeriksaan dan keputusan pakar Obstetrik dan Ginekologi mendapati tiada kesan koyakan “hymen intact” di kemaluan mangsa.

Katanya, mangsa kini dirujuk kepada pakar kaunseling D11 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah untuk membantunya dari segi emosi, manakala suspek ditahan reman tujuh hari.

“Lelaki itu ditahan semalam dan kini direman tujuh hari untuk membantu siasatan bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Sumber: Free Malaysia Today

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Media jangan timbul persepsi, kaitkan tindakan keganasan dengan agama pelaku – Pendakwah

Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz (kiri) & Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung (kanan).
  • Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.
  • Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.
  • Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.
  • “Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 
  • “Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
  • Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.
  • Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

KUALA LUMPUR — Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.

Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.

“Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 

“Dia pasti tidak akan memalukan diri sendiri mendedah aurat atau mencederakan orang lain.

“Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Semalam, media melaporkan suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad merupakan seorang hafiz al-Quran dan pernah mengikuti pengajian di sebuah pondok di Repek, Pasir Mas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan sebagai berkata hasil ujian dilakukan pada Isnin mendapati suspek berusia 38 tahun itu fasih dengan ayat-ayat al-Quran dan sebagainya.

Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.

Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

Seriously saya tak nampak. Andai mesej ingin disampaikan ialah sebagai seorang penghafal Quran dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian, semua Muslim tidak seharusnya melakukan apa yang telah dilakukannya.

“Jikalau ini adalah amalan biasa, harap selepas ini mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh juga ditulis masjid, gereja, tokong, kuil dan kelayakan agama pelaku untuk lebih saksama,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini, semalam. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending