Connect with us

Terkini

Malaysia nyata hasrat kerjasama dengan PBB tangani perhambaan moden

Malaysia telah menyatakan hasrat untuk menyertai Alliance 8.7 sebagai negara ‘Pathfinder’ dalam usaha bersama menangani isu aktiviti buruh paksa, perhambaan moden dan pemerdagangan manusia.

Wartawan TMT

Published

on

Malaysia nyata hasrat kerjasama dengan PBB tangani perhambaan moden
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Malaysia bersetuju menyertai Alliance 8.7 dalam usaha tangani isu buruh paksa.
  • Target 8.7, Matlamat Pembangunan Mampan bertujuan untuk memastikan semua negara mengambil tindakan dan langkah segera bagi menangani isu terbabit.
  • Antara isu itu adalah buruh paksa, buruh kanak-kanak, perhambaan moden dan pemerdagangan manusia.
  • Malaysia akan bekerjasama dengan PBB dan ILO melalui pelaksanaan program-program kesedaran.

PUTRAJAYA – Malaysia telah menyatakan hasrat untuk menyertai Alliance 8.7 sebagai negara ‘Pathfinder’ dalam usaha bersama menangani isu aktiviti buruh paksa, perhambaan moden dan pemerdagangan manusia.

Menurut Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam kenyataan pada Jumaat, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 19 November 2021 telah bersetuju agar Malaysia menyertai Alliance 8.7 sebagai negara Pathfinder di bawah Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Malaysia telah pun mengemukakan surat kepada sekretariat Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) pada 31 Mac 2022 berhubung hasrat negara untuk menjadi negara Pathfinder,” menurut KSM.

Alliance 8.7 ditubuhkan bagi meningkatkan usaha untuk mencapai Target 8.7 di bawah SDG melalui pengiktirafan sebagai negara Pathfinder.

Target 8.7 bertujuan untuk memastikan semua negara mengambil tindakan dan langkah segera dalam menghapuskan buruh paksa, buruh kanak-kanak, perhambaan moden dan pemerdagangan manusia.

KSM memaklumkan, penyertaan Malaysia sebagai negara Pathfinder akan membuktikan komitmen dan kesungguhan negara untuk mencapai Target 8.7 SDG dan menjadikan Malaysia sebagai negara kedua di ASEAN selepas Vietnam.

Langkah menjadi negara Pathfinder adalah seiring dengan matlamat Pelan Tindakan Nasional Berhubung Isu Buruh Paksa (2021-2025) (NAPFL) dan Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang (2021-2025) (NAPTIP).

“Penyertaan Malaysia dalam Alliance 8.7 juga akan memberi impak positif kepada kedudukan Malaysia dalam Laporan Tahunan Pemerdagangan Orang (TIP Report) serta platform-platform hak asasi manusia yang lain,” katanya.

Menurut KSM lagi, Malaysia akan bekerjasama dengan PBB dan ILO melalui pelaksanaan program-program kesedaran, peningkatan kapasiti serta perkongsian amalan baik dari negara-negara Pathfinder yang lain.

Sehubungan itu, KSM menjemput organisasi awam dan swasta, kesatuan pekerja dan majikan, pertubuhan masyarakat madani (CSO), institusi akademik serta lain-lain pemegang taruh untuk menyatakan hasrat bagi menyertai Alliance 8.7 di Malaysia.

Penyertaan boleh dibuat melalui laman web rasmi kementerian di https://www.mohr.gov.my/index.php/ms/ selewat-lewatnya pada 20 Oktober 2022.

“Organisasi yang telah menyatakan hasrat untuk menyertai Alliance 8.7 di Malaysia akan terlibat secara langsung dalam perancangan dan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Alliance 8.7 berdasarkan teras utama NAPFL dan NAPTIP,” katanya.

Menurut KSM, satu bengkel perancangan strategik bagi membangunkan pelan hala tuju Alliance (Alliance 8.7 Roadmap) dijangka diadakan bulan depan. 

Sumber: Bernama

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

“Pengecut” tempelak KJ apabila Wan Fayhsal digantung 6 bulan susulan isu MAHB

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (kiri) & Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (kanan).
  • Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.
  • Ia susulan kenyataan Wan Fayhsal mengenai surat layang didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
  • Pengecut. Kamu mempermainkan dia (Wan Fayhsal) dengan mengatakan dia berbahasa jargon, tidak tahu apa-apa. 
  • “Akhirnya, kamu menyalahgunakan kuasa legislatif untuk mengusirnya selama enam bulan. Jelas sekali, dia sudah mengganggu kamu. 
  • “Boneka BlackRock. Harap duit Zionis itu berbaloi,” katanya menerusi hantaran di Instagram di sini hari ini dengan memuat naik tangkap layar satu ciapan X berkenaan artikel bertajuk, ‘Dewan Rakyat lulus usul gantung 6 bulan Wan Fayhsal’.
  • Wan Fayhsal ketika mengulas tindakan dikenakan terhadapnya itu menyatakan bahawa beliau ‘dipaksa mengundurkan diri’ dan langsung tidak diberi peluang untuk membela diri ketika usul menggantungnya di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR — Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.

Ia susulan kenyataan Wan Fayhsal mengenai surat layang didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Mengulas tindakan dikenakan terhadap Wan Fayhsal, Khairy menyifatkan pihak terbabit sebagai pengecut dan jelas menunjukkan mereka sebenarnya ‘terganggu’ dengan kenyataan Wan Fayhsal berkenaan isu dibangkitkan.

Khairy yang juga lantang mengkritik penjualan saham MAHB kepada syarikat pro zionis, BlackRock-Global Infrastructure Partners (GIP), secara sarkastik berharap adalah berbaloi pihak terbabit ‘menerima’ duit zionis.

Pengecut. Kamu mempermainkan dia (Wan Fayhsal) dengan mengatakan dia berbahasa jargon, tidak tahu apa-apa. 

“Akhirnya, kamu menyalahgunakan kuasa legislatif untuk mengusirnya selama enam bulan. Jelas sekali, dia sudah mengganggu kamu. 

“Boneka BlackRock. Harap duit Zionis itu berbaloi,” katanya menerusi hantaran di Instagram di sini hari ini dengan memuat naik tangkap layar satu ciapan X berkenaan artikel bertajuk, ‘Dewan Rakyat lulus usul gantung 6 bulan Wan Fayhsal’.

Foto: Tangkap layar hantaran KJ di Instagram beliau hari ini.

Artikel itu antaranya menyatakan usul menggantung Ahli Pembangkang itu dibuat melalui undi belah bahagi yang menyaksikan 110 Ahli Parlimen menyokong, 63 tidak bersetuju, tiga tidak mengundi dan 46 tidak hadir.

Menteri di Jabatan Perdana (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said ketika membentangkan usul itu berkata Dewan Rakyat memandang serius kenyataan Wan Fayhsal berhubung surat layang yang telah tular dan didakwa mengandungi maklumat dalang sebenar di sebalik pengambilalihan MAHB.

Azalina berkata Wan Fayhsal yang ketika itu membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2021 dan Tahun 2022 di Dewan Rakyat telah menamakan seorang pegawai dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai dalang.

Beliau berkata perbuatan itu telah memberi kesan buruk bukan sahaja kepada individu didakwa, tetapi juga secara umum pegawai agensi di bawah kementerian yang mungkin teraniaya kerana tuduhan tidak berasas itu.

Foto: Tangkap layar hantaran Wan Fayhsal di Facebook di sini hari ini.

Dalam pada itu, Wan Fayhsal ketika mengulas tindakan dikenakan terhadapnya menyatakan bahawa beliau ‘dipaksa mengundurkan diri’ dan langsung tidak diberi peluang untuk membela diri ketika usul menggantungnya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata kesan penggantungan itu beliau akan terlepas berbahas Belanjawan 2025 pada sidang Oktober ini.

Satu lagi titik hitam dalam demokrasi berparlimen negara. Saya langsung tidak diberi peluang untuk membela diri dalam Dewan tadi.

“Kesan daripada penggantungan ini ialah saya akan terlepas berbahas Belanjawan 2025 dalam sidang Oktober nanti.

“Machang dipaksa mengundurkan diri. Jumpa tahun depan,” katanya di Facebook hari ini. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending