Terkini
Malaysia hanya miliki 29.6 peratus pekerja berkemahiran tinggi – PM
Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 45 peratus pekerja berkemahiran tinggi jika mahu bersaing dengan negara terkemuka dunia, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

- Ia mengikut data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia.
- Malaysia perlukan sekurang-kurangnya 45 peratus pekerja berkemahiran tinggi jika mahu bersaing dengan negara terkemuka dunia.
- Negara perlu rancakkan ekosistem teknologi dan inovasi, bukan saja menerusi bekalan bakat berterusan, tetapi juga berusaha kurangkan ‘brain drain’ dalam kalangan bakat hebat tempatan.
- “Bagi merealisasikan hasrat ini, kerajaan komited sediakan infrastruktur terbaik memacu inovasi tempatan. Apa diperlukan sudah pasti sebuah lokasi sebagai hab inovasi dengan infrastruktur bersepadu.” – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 45 peratus pekerja berkemahiran tinggi jika mahu bersaing dengan negara terkemuka dunia, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri berkata, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, peratusan pekerja berkemahiran tinggi di Malaysia hanya mewakili 29.6 peratus saja.
Justeru, beliau berkata, amat penting untuk negara merancakkan semula ekosistem teknologi dan inovasi, bukan saja menerusi bekalan bakat yang berterusan, tetapi juga berusaha mengurangkan ‘brain drain’ dalam kalangan bakat hebat tempatan.
“Bagi merealisasikan hasrat ini, kerajaan komited menyediakan infrastruktur terbaik untuk memacu inovasi tempatan. Apa yang diperlukan sudah pasti sebuah lokasi sebagai hab inovasi dengan infrastruktur bersepadu.
“Ini bermakna negara memerlukan sebuah taman teknologi yang menjadi titik pertemuan pemegang taruh antaranya inovator, penyelidik dan pelabur bagi mengukuhkan ekosistem Sains, Teknologi dan Inovasi (STI), selain mampu menarik pelaburan langsung asing dan domestik bagi memacu ekonomi negara demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya berucap melancarkan Pelan Induk Taman MRANTI dan penjenamaan semula MIMOS Berhad kepada MIMOS Global di sini, hari ini.
Penjenamaan semula MIMOS Berhad kepada MIMOS Global bagi melambangkan imej baharu lebih meluas, bersesuaian dengan daya saing bidang teknologi yang tidak mengenal sempadan.
Turut hadir, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamad.
Ismail Sabri berkata, kerajaan sudah meluluskan 99 projek dan program penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R&D&C&I) bernilai RM5.6 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
“Melalui National Technology and Innovation Sandbox (NTIS), sebanyak 163 syarikat sudah diluluskan dan menerima sokongan pembiayaan RM67 juta, bantuan kawal selia, teknikal dan kepakaran,” katanya memetik daripada Berita Harian.
Ismail Sabri berkata, Kuala Lumpur adalah lokasi terbaik bagi inisiatif taman teknologi dan inovasi apabila disenaraikan sebagai antara 10 hab inovasi terunggul di Asia Pasifik berdasarkan Tinjauan Industri Teknologi Global 2021 oleh KPMG.
“Taman MRANTI ini adalah hab inovasi terunggul di Malaysia yang akan memberi tumpuan kepada tiga teras pembangunan iaitu inovasi, kemampanan alam sekitar dan budaya urban (atau setempat).
“Kawasan seluas 277.6 hektar ini sudah menarik minat banyak syarikat teknologi, termasuk Intervenn Biosciences, Dedikasi Aba Biosciences, BoomGrow, Spygene Laboratories, Vivantis Technologies dan Reszon. Tahun ini, beberapa lagi syarikat teknologi antarabangsa menunjukkan minat bertapak di kawasan ini,” katanya.
Katanya, Pelan Induk baharu Taman MRANTI juga memupuk keupayaan Malaysia dalam Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dan juga teknologi terkini daripada sistem Internet Pelbagai Benda (IoT), perkhidmatan Protokol Internet (IP) dan makmal kepada kemudahan pembuatan kontrak dengan teknologi canggih.
“Taman MRANTI dilengkapi infrastruktur moden, termasuk jalur lebar berkelajuan tinggi dan teknologi 5G serta insentif dan peluang pembiayaan, juga direka untuk menarik golongan profesional muda, serta mewujudkan laluan yang stabil bagi bakat berkemahiran tinggi, dijangka dapat mencipta lebih 8,000 peluang pekerjaan baharu,” katanya.
Ismail Sabri berkata, lima kluster teknologi sedang dibangunkan di Taman MRANTI, iaitu teknologi dron, pertanian, kesihatan, biosains dan pemboleh IR4.0 dengan anggaran nilai pembangunan kasar sebanyak RM20 bilion dan nilai pulangan sebanyak RM2.8 bilion melalui pajakan tanah oleh MRANTI kepada pelabur.
Sumber: Berita Harian
Terkini
PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.

- Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.
- Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
- Beliau turut mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India.
KUALA LUMPUR — Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.
Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat yang dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
Ini susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
“Sesungguhnya, jawapan tersebut amatlah bersifat lebih untuk meraih populariti dan terlalu berpolitik. Apakah wajar bagi seseorang individu mempunyai dua kerakyatan? Di manakah kecenderungan bagi individu terbabit untuk menumpahkan kesetiaanya?
“Sepatutnya jawapan isu sensitif seumpama ini tidak perlu dilayan dengan jawapan tegas iaitu mana mungkin dan mustahil seseorang boleh memiliki dua kerakyatan malah untuk memohon menjadi rakyat Malaysia mesti memenuhi syarat-syarat yang ketat mengikut undang-undang yang sedia ada selama ini.
“Malah ada gesaan disyaratkan dengan lebih tegas iaitu penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zarina menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum Bumiputera untuk menentang cadangan itu serta berpendirian sebarang kajian tidak perlu dilakukan sama sekali kerana ia keputusan muktamad.
Pada masa sama, beliau mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India kerana perkara itu lebih mengundang mudarat daripada keuntungan.
Katanya, perkara perlu diberikan keutamaan bukanlah terkait kerakyatan sebaliknya isu 1.2 juta warga negara China yang direkodkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), masuk ke Malaysia dalam tempoh 2018 hingga 2021 namun masih tiada rekod keluar dari negara ini.
Ia merupakan suatu jumlah yang amat menggusarkan dan perlu diambil tindakan telus dan tegas kerana ianya pelanggaran undang-undang dan soal keselamatan negara.
“Ini yang patut diberi keutamaan bukan soal kerakyatan dan dikejutkan pula dengan pengumuman Menteri Pelancongan mengenai cadangan pengecualian Visa kepada pelancong terutama dari Cina dan mungkin dari India atas nama kepentingan merancakkan ekonomi tetapi boleh membawa padah kepada keselamatan negara dan masalah sosial yang kini pun sudah parah dan tidak terkawal.
“Cuba bayangkan jika pelancong Cina masuk tanpa tapisan melalui Visa dengan bebas. Pasti ramai akan hilang dan menetap di Malaysia.
“Isu rasuah yang menjadi barah akan menjadi lebih buruk di kalangan penguatkuasa. Perkara ini amat mengerikan kepada masa depan negara Malaysia,” kata Zarina.
Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghasilkan satu laporan berkenaan pengecualian visa untuk pelancong China.
King Sing berkata, kerajaan dijangka akan mendraf dasar mengenai hari lawatan yang dibenarkan untuk berada di Malaysia melalui perkhidmatan pengecualian visa. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Parti Bumiputera Perkasa Malaysia – PUTRA
-
Terkini2 days ago
Anak mualaf bersyukur MRM bantu uruskan jenazah ibu
-
Terkini4 days ago
Peniaga terima wang menerusi DuitNow QR akan dicaj bermula 1 November
-
Antarabangsa3 days ago
Penutupan kerajaan AS tidak dapat dielakkan – Biden
-
Antarabangsa3 days ago
Malaysia dijangka beri pengecualian visa kepada pelancong China