Terkini
Kuatkuasa had kerja 45 jam seminggu – MTUC Pulau Pinang
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bahagian Pulau Pinang hari ini menggesa kerajaan menguatkuasakan had kerja 45 jam seminggu mengikut pindaan Akta Kerja 1955/22.

- Pindaan Akta Kerja yang diluluskan Dewan Rakyat tahun lepas jelas gambarkan bahawa 45 jam seminggu mesti termasuk rehat makan dan bukan sebaliknya. – Setiausaha MTUC Pulau Pinang, K Veeriah
- “Dalam konteks objektif parlimen dinyatakan di atas, kami dapati adalah menjijikkan bahawa majikan abaikan kewajipan mereka dalam mematuhi hasrat Parlimen untuk kurangkan waktu bekerja mingguan pekerja.”
- “Kami menyeru menteri sumber manusia untuk arahkan Jabatan Tenaga Kerja kuatkuasakan pindaan waktu bekerja dengan ketat pengurangan mutlak waktu kerja mingguan kepada 45 jam seminggu termasuk rehat makan dan tiada apa-apa lagi,” katanya.
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bahagian Pulau Pinang hari ini menggesa kerajaan menguatkuasakan had kerja 45 jam seminggu mengikut pindaan Akta Kerja 1955/22.
Ini selepas mereka menerima aduan mengenai majikan yang enggan mematuhi undang-undang baru berkenaan, termasuk rehat makan dalam tempoh 45 jam yang ditetapkan.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha MTUC Pulau Pinang, K Veeriah berkata pindaan Akta Kerja yang diluluskan oleh Dewan Rakyat tahun lepas jelas menggambarkan bahawa 45 jam seminggu mesti termasuk rehat makan dan bukan sebaliknya.
“Dalam konteks objektif parlimen yang dinyatakan di atas, kami mendapati adalah menjijikkan bahawa majikan mengabaikan kewajipan mereka dalam mematuhi hasrat Parlimen untuk mengurangkan waktu bekerja mingguan pekerja.
“Dan kami di Bahagian MTUC Pulau Pinang, berpandangan bahawa majikan seperti itu menghina badan perundangan.
“Kami menyeru menteri sumber manusia untuk mengarahkan Jabatan Tenaga Kerja untuk menguatkuasakan pindaan waktu bekerja dengan ketat pengurangan mutlak waktu kerja mingguan kepada 45 jam seminggu termasuk rehat makan dan tiada apa-apa lagi,” katanya.
Parlimen tahun lepas telah meluluskan beberapa pindaan kepada Akta Kerja, juga dikenali sebagai Akta 265, termasuk pengurangan waktu kerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu.
Sejak pindaan diluluskan, akta tersebut telah menerima perkenan diraja pada 26 April 2022 dan diterbitkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan pada 10 Mei tahun yang sama.
Ia pada mulanya sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Sept 2022, tetapi telah ditangguhkan ke 1 Januari tahun ini (2023).
Menteri sumber manusia ketika itu M Saravanan dilaporkan berkata bahawa ini adalah untuk memastikan perubahan kepada Jadual Pertama Akta dinyatakan dengan teliti supaya tidak mengelirukan mengenai kategori pekerja yang akan berada di bawah bidang kuasa akta itu.
Sumber: Malaysiakini
Antarabangsa
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.
Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima.
“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.
“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).
“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.
Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.
“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.
Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.
Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.
Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine
View this post on Instagram
-
Terkini2 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini1 day ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Terkini2 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN
-
Terkini2 days ago
DBKL tarik balik larangan jual arak