Connect with us

Terkini

Pindaan Akta Kerja beri untung pada pekerja, namun meresahkan majikan – MEF

Pindaan Akta Kerja 1955 dilihat memberi keuntungan kepada golongan pekerja namun meresahkan para majikan di negara ini.

Wartawan TMT

Published

on

Pindaan Akta Kerja beri untung pada pekerja, namun meresahkan majikan - MEF
Foto: Datuk Shamsudin Bardan.
  • Golongan majikan bakal berdepan dengan peningkatan kos pengurusan bermula 1 Januari depan, kata Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsudin Bardan 
  • Pindaan Akta Pekerja bermula 1 Januari 2023 meliputi pengurangan tempoh waktu bekerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu, penambahan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari, cuti paterniti dinaikkan daripada tiga hari kepada tujuh hari dan larangan diskriminasi dalam pekerjaan.
  • “Kita berharap kerajaan dapat melihat semula terutama pengurangan waktu bekerja yang dianggap sesuatu yang amat berat kepada majikan. Ini kerana mereka terpaksa keluarkan kos untuk pekerja yang diminta bekerja melebih 45 jam seminggu berbanding sekarang, 48 jam seminggu.”

KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Kerja 1955 dilihat memberi keuntungan kepada golongan pekerja namun meresahkan para majikan di negara ini.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsudin Bardan memaklumkan, golongan majikan bakal berdepan dengan peningkatan kos pengurusan bermula 1 Januari depan.

“Dalam hal ini, saya lihat pekerja yang untung tetapi pihak majikan perlu hadapi peningkatan kos. Pihak kami tidak membangkang dalam menyaksikan peningkatan faedah tetapi waktu pelaksanaan akta ini perlu dilakukan secara berperingkat dan bukan serentak.

“Tahun 2022, kita menyaksikan majikan perlu menaikkan gaji minimum kakitangan. Di situ sahaja, kos keseluruhan adalah sebanyak RM4 bilion bermula 1 Mei lalu.

“Tidak salah peningkatan faedah tetapi biarlah berperingkat dan perlu ikut kemampuan majikan sebenarnya,” katanya dalam program Pantau Kerajaan Baharu, hari ini.

Pindaan Akta Pekerja bermula 1 Januari 2023 meliputi pengurangan tempoh waktu bekerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu, penambahan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari, cuti paterniti dinaikkan daripada tiga hari kepada tujuh hari dan larangan diskriminasi dalam pekerjaan.

Dalam masa sama, Shamsudin berharap pihak Kerajaan meneliti semula pelaksanaan pindaan ini yang dilihat memberi cabaran hebat buat para majikan.

Advertisement

“Kita berharap kerajaan dapat melihat semula terutama pengurangan waktu bekerja yang dianggap sesuatu yang amat berat kepada majikan. Ini kerana mereka terpaksa mengeluarkan kos untuk pekerja yang diminta bekerja melebih 45 jam seminggu berbanding sekarang, 48 jam seminggu.

“Dalam keadaan ini, kita kena lihat sama ada pasaran kerja kita dalam keadaan kompetitif atau sebaliknya. Malaysia kini berada di kedudukan ke 32 berbanding 25 pada tahun lalu dalam 64 senarai negara.

“Kedudukan Malaysia saban tahun semakin menurun dan ia bukan bertambah baik,” katanya.

Sumber: Astro Awani

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending