Connect with us

Terkini

Majikan tidak boleh berhentikan pekerja cuti bersalin, sakit akibat kehamilan

Majikan diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan memberhentikan pekerja wanita mereka yang mengambil cuti bersalin atau cuti sakit disebabkan kehamilan. 

Wartawan TMT

Published

on

Majikan tidak boleh berhentikan pekerja cuti bersalin, sakit akibat kehamilan
Foto: Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mustapha Sakmud.
  • Majikan diingatkan tidak memberhentikan pekerja wanita mereka yang mengambil cuti bersalin atau cuti sakit disebabkan kehamilan. 
  • Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mustapha Sakmud berkata larangan itu termaktub di bawah Akta Kerja 1955 dan mana-mana majikan yang tidak mematuhi peraturan itu boleh dikenakan tindakan. 
  • “Di bawah Seksyen 41 A (1) Akta Kerja 1955, majikan tidak boleh memberi notis penamatan kerja atau memberhentikan pekerja wanita yang hamil atau sakit kerana kehamilan kecuali atas beberapa keadaan iaitu akibat salah laku (pekerja) dan majikan menutup operasi,” katanya.

KUALA LUMPUR — Majikan diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan memberhentikan pekerja wanita mereka yang mengambil cuti bersalin atau cuti sakit disebabkan kehamilan. 

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mustapha Sakmud berkata larangan itu termaktub di bawah Akta Kerja 1955 dan mana-mana majikan yang tidak mematuhi peraturan itu boleh dikenakan tindakan. 

“Di bawah Seksyen 41 A (1) Akta Kerja 1955, majikan tidak boleh memberi notis penamatan kerja atau memberhentikan pekerja wanita yang hamil atau sakit kerana kehamilan kecuali atas beberapa keadaan iaitu akibat salah laku (pekerja) dan majikan menutup operasi.

“Majikan boleh didakwa serta dikompaun jika gagal mematuhi peraturan itu,” katanya semasa menjawab soalan tambahan Dr Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) mengenai tindakan terhadap majikan memberhentikan pekerja wanita yang cuti bersalin atau hamil dengan menggantikan petugas baharu.

Sementara itu, Mustapha turut mendedahkan sebanyak 44 kes aduan pelanggaran peraturan cuti bersalin 98 hari oleh majikan direkodkan sehingga 31 Okt lepas dengan 28 daripadanya adalah aduan berasas manakala baki 16 aduan tidak berasas.

“Bagi aduan yang berasas, majikan terlibat telah diberikan peringatan serta tindakan pembetulan telah diambil dan semua kes tersebut telah diselesaikan melalui pematuhan majikan dengan pemberian kelayakan tempoh cuti bersalin selama 98 hari kepada pekerja,” katanya.

Beliau berkata bagi tempoh sama, Kementerian Sumber Manusia dengan agensinya melaksanakan 23,279 pemeriksaan berkanun di tempat kerja.

Mustapha menjelaskan perkara itu semasa menjawab soalan asal M.Kulasegaran (PH-Ipoh Barat) mengenai langkah kerajaan bagi memastikan semua majikan termasuk majikan daripada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (SME) mematuhi polisi cuti bersalin yang dilanjutkan kepada 98 hari mulai 1 Jan 2023 dan bilangan majikan yang gagal mematuhi peraturan itu. — BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Terkini

“Pengecut” tempelak KJ apabila Wan Fayhsal digantung 6 bulan susulan isu MAHB

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (kiri) & Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (kanan).
  • Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.
  • Ia susulan kenyataan Wan Fayhsal mengenai surat layang didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
  • Pengecut. Kamu mempermainkan dia (Wan Fayhsal) dengan mengatakan dia berbahasa jargon, tidak tahu apa-apa. 
  • “Akhirnya, kamu menyalahgunakan kuasa legislatif untuk mengusirnya selama enam bulan. Jelas sekali, dia sudah mengganggu kamu. 
  • “Boneka BlackRock. Harap duit Zionis itu berbaloi,” katanya menerusi hantaran di Instagram di sini hari ini dengan memuat naik tangkap layar satu ciapan X berkenaan artikel bertajuk, ‘Dewan Rakyat lulus usul gantung 6 bulan Wan Fayhsal’.
  • Wan Fayhsal ketika mengulas tindakan dikenakan terhadapnya itu menyatakan bahawa beliau ‘dipaksa mengundurkan diri’ dan langsung tidak diberi peluang untuk membela diri ketika usul menggantungnya di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR — Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.

Ia susulan kenyataan Wan Fayhsal mengenai surat layang didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Mengulas tindakan dikenakan terhadap Wan Fayhsal, Khairy menyifatkan pihak terbabit sebagai pengecut dan jelas menunjukkan mereka sebenarnya ‘terganggu’ dengan kenyataan Wan Fayhsal berkenaan isu dibangkitkan.

Khairy yang juga lantang mengkritik penjualan saham MAHB kepada syarikat pro zionis, BlackRock-Global Infrastructure Partners (GIP), secara sarkastik berharap adalah berbaloi pihak terbabit ‘menerima’ duit zionis.

Pengecut. Kamu mempermainkan dia (Wan Fayhsal) dengan mengatakan dia berbahasa jargon, tidak tahu apa-apa. 

“Akhirnya, kamu menyalahgunakan kuasa legislatif untuk mengusirnya selama enam bulan. Jelas sekali, dia sudah mengganggu kamu. 

“Boneka BlackRock. Harap duit Zionis itu berbaloi,” katanya menerusi hantaran di Instagram di sini hari ini dengan memuat naik tangkap layar satu ciapan X berkenaan artikel bertajuk, ‘Dewan Rakyat lulus usul gantung 6 bulan Wan Fayhsal’.

Foto: Tangkap layar hantaran KJ di Instagram beliau hari ini.

Artikel itu antaranya menyatakan usul menggantung Ahli Pembangkang itu dibuat melalui undi belah bahagi yang menyaksikan 110 Ahli Parlimen menyokong, 63 tidak bersetuju, tiga tidak mengundi dan 46 tidak hadir.

Menteri di Jabatan Perdana (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said ketika membentangkan usul itu berkata Dewan Rakyat memandang serius kenyataan Wan Fayhsal berhubung surat layang yang telah tular dan didakwa mengandungi maklumat dalang sebenar di sebalik pengambilalihan MAHB.

Azalina berkata Wan Fayhsal yang ketika itu membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2021 dan Tahun 2022 di Dewan Rakyat telah menamakan seorang pegawai dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai dalang.

Beliau berkata perbuatan itu telah memberi kesan buruk bukan sahaja kepada individu didakwa, tetapi juga secara umum pegawai agensi di bawah kementerian yang mungkin teraniaya kerana tuduhan tidak berasas itu.

Foto: Tangkap layar hantaran Wan Fayhsal di Facebook di sini hari ini.

Dalam pada itu, Wan Fayhsal ketika mengulas tindakan dikenakan terhadapnya menyatakan bahawa beliau ‘dipaksa mengundurkan diri’ dan langsung tidak diberi peluang untuk membela diri ketika usul menggantungnya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata kesan penggantungan itu beliau akan terlepas berbahas Belanjawan 2025 pada sidang Oktober ini.

Satu lagi titik hitam dalam demokrasi berparlimen negara. Saya langsung tidak diberi peluang untuk membela diri dalam Dewan tadi.

“Kesan daripada penggantungan ini ialah saya akan terlepas berbahas Belanjawan 2025 dalam sidang Oktober nanti.

“Machang dipaksa mengundurkan diri. Jumpa tahun depan,” katanya di Facebook hari ini. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending