Terkini
Pindaan akta kerja harus lihat manfaat ekonomi negara
Penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 harus dilihat dari aspek manfaatnya bukan sahaja pada pekerja, tetapi juga terhadap perkembangan ekonomi negara.

- Penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 perlu dilihat dari aspek manfaatnya bukan sahaja pada pekerja untuk perkembangan ekonomi negara.
- Apabila akta ini dilaksanakan banyak terma yang akan dibaiki dan ditambah baik, sekaligus menjadikan Malaysia sebuah negara menarik bagi rakan perdagangan dan pelabur asing.
- “Dengan pindaan akta ini, banyak terma yang diperbaiki untuk kebaikan pekerja dan ini akan menarik pelabur, meningkatkan ekonomi dan membuka peluang pekerjaan,” kata Presiden MTUC, Mohd Effendy Abdul Ghani
KUALA LUMPUR: Penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 harus dilihat dari aspek manfaatnya bukan sahaja pada pekerja, tetapi juga terhadap perkembangan ekonomi negara.
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, banyak terma akan diperbaiki dan ditambah baik apabila akta ini dilaksanakan, sekaligus menjadikan Malaysia sebuah negara yang menarik bagi rakan perdagangan dan pelabur asing.
“Dari sudut pekerja, objektifnya ialah untuk meningkat dan menambah baik tahap perlindungan dan kebajikan golongan pekerja.
“Dalam masa yang sama, akta ini akan membantu memastikan undang-undang buruh negara selari dengan undang-undang antarabangsa. Dalam hal perjanjian perdagangan, ia akan memudahkan negara kita merundingkan perjanjian kerana perkara ini kebiasaannya mengambil kira standard minimum perburuhan sebagai salah satu terma perjanjian.
“Dengan pindaan akta ini, banyak terma yang diperbaiki untuk kebaikan pekerja dan ini akan menarik pelabur, meningkatkan ekonomi dan membuka peluang pekerjaan,” katanya ketika muncul dalam program Pantau Kerajaan Baharu, pada Jumaat.
Tegasnya, majikan seharusnya mengalu-alukan pindaan ini bagi menarik pekerja menyertai syarikat mereka, sekaligus membantu mengurangkan pengangguran dalam negara.
Mohd Effendy juga melihat kerajaan boleh memikirkan inisiatif membantu pengusaha kecil dan sederhana, namun ia dilakukan selepas akta berkenaan sudah dilaksanakan.
“Kita tidak boleh buat sesuatu yang berbeza kerana akan berlaku diskriminasi antara pekerja. Sekarang pun sudah berlaku (diskriminasi) apabila dilaksanakan gaji minima, ada yang dapat RM1,200, ada RM1,500, sedangkan mereka berada di kawasan sama.
“Ini mewujudkan diskriminasi di mana ia tidak konsisten dan ia tidak baik untuk pandangan pelabur luar tentang bagaimana kita laksanakan undang-undang dalam negara.
“Kita sudah lalui pandemik selama dua tahun di mana pengusaha kecil dan sederhana dibantu kerajaan dengan subisidi upah bagi membolehkan mereka bertahan.
“Kita mempunyai kerajaan yang prihatin, apabila akta ini dilaksanakan nanti baru kita dapat lihat adakah pengusaha ini perlu dibantu, perlukah ada inisiatif tertentu, semua itu boleh dibuat selepas akta dilaksanakan,” ujarnya.
Rabu lalu, Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar memaklumkan Penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 yang sebelum ini ditangguhkan, akan dilaksanakan pada 1 Januari 2023.
Sumber: Astro Awani
Antarabangsa
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.
Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima.
“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.
“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).
“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.
Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.
“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.
Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.
Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.
Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine
View this post on Instagram
-
Terkini2 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini24 hours ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Terkini2 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN
-
Terkini2 days ago
DBKL tarik balik larangan jual arak