Terkini
Majikan perlu beri cuti bergaji untuk pekerja mengundi – MEF
Syarikat atau majikan perlu memberi cuti bergaji kepada kalangan pekerja mereka yang telah mendaftar sebagai pengundi untuk menunaikan tanggungjawab itu pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

- Syarikat dan majikan perlu beri cuti bergaji kepada pekerja sempena PRU15 untuk mengundi.
- Perkara itu terpakai pada 19 November 2022 sebagai hari bekerja atau yang melaksanakan sistem giliran atau syif. – Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman.
- Tiada hari rehat tambahan kepada pengundi berdaftar bebas yang memang bercuti semasa 19 November 2022.
- Pengundi berdaftar membuang undi pada 15 November 2022 perlu diberi masa munasabah bagi memudahkan undi pos dilakukan.
KUALA LUMPUR – Syarikat atau majikan perlu memberi cuti bergaji kepada kalangan pekerja mereka yang telah mendaftar sebagai pengundi untuk menunaikan tanggungjawab itu pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, perkara itu terpakai kepada majikan yang menetapkan 19 November 2022 sebagai hari bekerja atau yang melaksanakan sistem giliran atau syif.
“Pekerja yang merupakan pemilih berdaftar dan dijadualkan bekerja pada sebelah siang bagi syif 12 jam hendaklah diberi masa yang munasabah untuk mereka mengundi pada hari pengundian 19 November 2022,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, bagi majikan yang menetapkan 19 November 2022 sebagai hari cuti atau hari rehat maka, pekerja yang merupakan pengundi berdaftar bebas melaksanakan hak mereka sebagai pemilih pada hari pengundian dan tidak ada keperluan untuk majikan memberikan hari rehat tambahan.
Syed Hussain berkata, selain itu mungkin terdapat keadaan apabila pekerja yang merupakan pemilih berdaftar perlu membuang undi di pusat pengundian yang terletak di luar stesen kerja dan 19 November 2022 adalah hari bekerja biasa bagi pekerja tersebut.
“Justeru adalah munasabah untuk syarikat menghendaki pekerja tersebut memohon cuti tahunan/cuti tanpa gaji bagi tujuan tersebut,” katanya.
Beliau berkata bagi pekerja yang merupakan pengundi berdaftar dan perlu membuang undi melalui undi pos pada 15 November 2022 masa yang munasabah harus diberikan kepada mereka yang bekerja pada hari tersebut untuk membolehkan mereka mengundi secara undian pos.
Beliau berpandangan semua langkah itu sebagai satu kewajipan yang adil dan munasabah yang dikenakan ke atas majikan untuk memastikan semua pekerja yang merupakan pengundi berdaftar diberi peluang sewajarnya untuk mengundi. – Bernama
Sumber: Sinar Harian
Terkini
DBKL tarik balik larangan jual arak
Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

- Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
- Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
- Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
- “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
- “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
- Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
- Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.
KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.
“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.
Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.
Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.
“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.
“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal).
“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.
“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.
Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini4 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
Bekas banduan Palestin dakwa dicabul, diserang guna anjing di penjara rejim Israel