Terkini
MTUC mahu tindakan tegas ke atas majikan langgar pindaan Akta Kerja 1955
Kongress Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengesa kerajaan agar bertindak tegas terhadap mana-mana majikan yang melanggar Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 sehingga pendakwaan perlu dilakukan.

- Ini kerana terdapat majikan mengubah terma perkhidmatan itu supaya waktu kerja adalah 45 jam. – Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor
- “Perlakuan majikan ini telah menyebabkan kemarahan pekerja kerana tempoh berada di syarikat tidak berubah.”
- Pindaan itu melibatkan pengurangan waktu kerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu, penambahan cuti bersalin, cuti paterniti, waktu fleksibel dan banyak lagi telah memberi sinar baharu kepada kaum pekerja.
- “Setelah seminggu penguatkuasaan dibuat, terdapat aduan daripada pekerja dan kesatuan sekerja mengenai kegagalan majikan membuat pindaan selaras dengan akta baharu itu.”
- “Majikan tidak buat persediaan yang sewajarnya kerana mengharapkan kerajaan menunda sekali lagi pelaksanaannya sedangkan pengurangan waktu kerja adalah beri keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan (work life balance).”
SHAH ALAM – Kongress Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengesa kerajaan agar bertindak tegas terhadap mana-mana majikan yang melanggar Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 sehingga pendakwaan perlu dilakukan.
Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor berkata, ini kerana terdapat majikan mengubah terma perkhidmatan itu supaya waktu kerja adalah 45 jam.
Menurutnya, pekerja tidak lagi dibayar upah bagi masa waktu rehat setelah pindaan baharu dibuat.
“Sebelum pindaan akta kerja, majikan membayar upah bagi waktu rehat tetapi setelah pindaan dibuat majikan tidak lagi berbuat demikian.
“Perlakuan majikan ini telah menyebabkan kemarahan pekerja kerana tempoh berada di syarikat tidak berubah,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Media melaporkan, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 pada 1 Januari 2023.
Pindaan itu melibatkan pengurangan waktu kerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu, penambahan cuti bersalin, cuti paterniti, waktu fleksibel dan banyak lagi telah memberi sinar baharu kepada kaum pekerja.
Tambah Kamarul Baharin, setelah seminggu penguatkuasaan dibuat, terdapat aduan daripada pekerja dan kesatuan sekerja mengenai kegagalan majikan membuat pindaan selaras dengan akta baharu itu.
“Pelaksanaan waktu kerja yang dikurangkan kepada 45 jam seminggu masih lagi tidak dilaksanakan.
“Majikan tidak membuat persediaan yang sewajarnya kerana mengharapkan kerajaan menunda sekali lagi pelaksanaannya sedangkan pengurangan waktu kerja adalah memberi keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan (work life balance),” ujarnya.
Sumber: Sinar Harian
Antarabangsa
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.
Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima.
“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.
“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).
“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.
Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.
“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.
Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.
Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.
Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine
View this post on Instagram
-
Terkini2 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini23 hours ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Terkini2 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN
-
Terkini2 days ago
DBKL tarik balik larangan jual arak