Terkini
Denda RM50,000 tidak takutkan majikan – MTUC
Amaran kerajaan untuk mengambil tindakan denda sebanyak RM50,000 terhadap majikan atau syarikat yang didapati memberhentikan pekerja tempatan selepas mendapat tenaga kerja asing, dilihat tidak akan menakutkan majikan.

- Amaran kerajaan mengambil tindakan denda sebanyak RM50,000 terhadap majikan atau syarikat yang didapati memberhentikan pekerja tempatan selepas mendapat tenaga kerja asing, dilihat tidak akan menakutkan majikan.
- Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor, berkata ia jelas apabila syarikat atau majikan juga tidak mengendah dan tidak melaksanakan perintah gaji minimum, Akta kerja dan standard perumahan pekerja.
- Katanya, kerajaan perlu menjalankan pemeriksaan berkala kepada syarikat untuk memastikan majikan tidak mengamalkan diskriminsi.
- “Amalan pemeriksaan berkala langkah penting untuk memastikan segala Akta pemburuhan dipatuhi majikan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
KUALA LUMPUR: Amaran kerajaan untuk mengambil tindakan denda sebanyak RM50,000 terhadap majikan atau syarikat yang didapati memberhentikan pekerja tempatan selepas mendapat tenaga kerja asing, dilihat tidak akan menakutkan majikan.
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor, berkata ia jelas apabila syarikat atau majikan juga tidak mengendah dan tidak melaksanakan perintah gaji minimum, Akta kerja dan standard perumahan pekerja.
“Bagaimanapun, kerajaan perlu menjalankan pemeriksaan berkala kepada syarikat untuk memastikan majikan tidak mengamalkan diskriminsi.
“Amalan pemeriksaan berkala langkah penting untuk memastikan segala Akta pemburuhan dipatuhi majikan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
BH sebelum ini melaporkan, Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan membatalkan kelulusan kuota pekerja asing yang sudah diberikan kepada mana-mana majikan atau syarikat jika mereka didapati memberhentikan pekerja tempatan selepas mendapat tenaga kerja asing.
Menterinya, V Sivakumar menegaskan, majikan atau syarikat itu juga boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 bagi setiap kesalahan kerana bertentangan dengan Seksyen 60M Akta Kerja 1955.
Mengulas lanjut, Kamarul Baharin berkata, MTUC mengecam syarikat yang membuang pekerja tempatan untuk digantikan oleh pekerja asing.
Katanya, syarikat mengambil kesempatan ke atas kelonggaran pengambilan pekerja asing yang dibuat oleh kerajaan untuk membantu industri.
“Laporan pembuangan pekerja tempatan di Pulau Pinang membuktikan kegusaran MTUC terhadap jaminan pekerjaan pekerja tempatan akan terjejas menjadi realiti.
“Isu pemberhentian pekerja secara tidak adil akan berleluasa,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan, bagaimana kerajaan hendak memastikan pekerja tempatan tidak menjadi mangsa dalam keputusan syarikat dalam pemberhentian pekerja.
“Apakah imbangan kerajaan jika majikan menyatakan bahawa hak pengambilan dan pembuangan adalah hak syarikat?
“Majikan akan mencari justifikasi yang wajar bagi pembuangan pekerja tempatan. Alasan yang biasa di gunakan adalah salah laku seperti ingkar arahan, prestasi kerja tidak memuaskan dan pelbagai alasan,” katanya.
Beliau berkata, MTUC turut menerima aduan ketidakpuasan hati pekerja tempatan yang melakukan kesalahan yang sama dengan pekerja asing tetapi hukuman kepada pekerja tempatan berbeza dengan pekerja asing.
Oleh itu katanya, MTUC tidak mahu kelonggaran kemasukan pekerja asing akan mendedahkan negara kepada amalan buruh paksa dan buruh kanak kanak.
Malah katanya, lebih membimbangkan, eksplotasi pekerja asing juga akan meningkat disebabkan kebanjiran pekerja asing.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

- Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
- Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
- “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
- “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.
“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.
Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.
Sumber : Utusan
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas