Antarabangsa
Kenapa Ibu bapa dari China pilih sekolah di Malaysia untuk anak-anak mereka?
Banyak keluarga kelas pertengahan di China kini berpindah ke luar negara untuk mencari peluang pendidikan untuk anak-anak mereka.
- Banyak keluarga kelas pertengahan di China kini berpindah ke luar negara untuk cari peluang pendidikan buat anak-anak.
- Mereka menganggapnya sebagai jalan keluar dari “gaokao” iaitu peperiksaan kemasukan ke universiti dan peluang kerjaya di negara itu yang sangat kompetitif.
- Matlamat utama ibu bapa ini ialah memasukkan anak-anak mereka ke universiti Barat, malah ada di antara mereka yang mengintai peluang kewarganegaraan serta faedah disertakan di negara terbabit.
- Malaysia menjadi antara pilihan atas faktor kos lebih berpatutan dan juga faktor geografi yang dekat dengan China.
- Kualiti pendidikan dan keselamatan diri adalah dua pertimbangan utama bagi pelajar dari China apabila memilih lokasi pengajian di luar negara, samada di peringkat menengah atau pengajian tinggi, demikian laporan New Oriental 2022.
Banyak keluarga kelas pertengahan di China kini berpindah ke luar negara untuk mencari peluang pendidikan untuk anak-anak mereka.
Mereka menganggapnya sebagai jalan keluar dari “gaokao” iaitu peperiksaan kemasukan ke universiti dan peluang kerjaya di negara itu yang sangat kompetitif.
Matlamat utama kelompok ibu bapa ini ialah memasukkan anak-anak mereka ke universiti Barat, malah ada di antara mereka yang mengintai peluang kewarganegaraan serta faedah disertakan di negara terbabit.
South China Morning Post melaporkan sekolah-sekolah antarabangsa di Asia Tenggara yang mempunyai gabungan dengan universiti-universiti terkenal Barat adalah salah satu laluan terbaik untuk kelompok terbabit mencapai matlamat itu.
Selain Amerika Syarikat, Kanada dan Australia yang menjadi antara negara pilihan utama ibu bapa ini, mereka juga melihat negara jiran serantau seperti Singapura, Thailand dan Malaysia sebagai pilihan untuk pendidikan menengah dan pengajian tinggi anak-anak mereka.
Malaysia menjadi antara pilihan atas faktor kos lebih berpatutan dan juga faktor geografi yang dekat dengan China.
Menurut laporan penyedia perkhidmatan akademik swasta terkemuka di China, New Oriental pada 2022, kualiti pendidikan dan keselamatan diri adalah dua pertimbangan utama bagi pelajar dari China apabila memilih lokasi pengajian di luar negara, samada di peringkat menengah atau pengajian tinggi.
Hanya 30 peratus responden memilih AS sebagai pilihan pertama mereka tahun ini, hampir 50 peratus penurunan berbanding pada 2015.
Faktor penurunan itu, termasuklah isu ketegangan geopolitik yang semakin memuncak dan kebimbangan keganasan senjata api serta tindak balas Covid-19 di negara itu.
Data kerajaan China menunjukkan 19,202 pelajarnya memohon belajar di Malaysia pada 2021, meningkat secara mendadak lebih 150 peratus daripada hanya 8,876 pemohon pada tahun sebelumnya.
Yuran sekolah lebih murah adalah antara sebab yang disebut untuk keputusan berpindah ke selatan. Contohnya, yuran pengajian sekolah rendah di Malaysia berjumlah sekitar 110,000 yuan (RM7,1474.09) setahun adalah separuh daripada jumlah bayaran pendidikan setara di Shanghai.
Seterusnya, 14 peratus daripada 8,610 respoden yang mahu belajar di luar negara memilih Singapura iaitu peningkatan lebih dua kali ganda daripada enam peratus pada 2015.
Sebab utama yang disebut responden antara ialah kos yang lebih rendah berbanding kos pendidikan di AS pada tahap yang sama selain faktor keselamatan awam dan pertalian budaya.
Pengetua British International School of Kuala Lumpur (BSKL), Dr Mike O’Connor berkata dasar mengehadkan kemasukan ke sekolah antarabangsa terkemuka di China dan peningkatan kos pendidikan turut menyumbang kepada peningkatan pelajar cina di sekolah antarabangsa di luar negara.
Sumber: South China Morning Post
Antarabangsa
Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
- Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
- Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
- Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.
Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.
Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini24 hours ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Serbuan, rampasan jam tangan LGBT “keterlaluan” – Anwar