Komuniti
Ibu berdiam diri saat anak didera suami boleh dipenjara
Sekiranya seorang ibu mengetahui anaknya didera baik daripada seksual, emosi mahupun fizikal namun memilih untuk mendiamkan diri atau melindungi si pelaku, maka dia boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
- Dia boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
- Peringatan itu diberikan Timbalan KPWKM, Datuk Siti Zailah Mohd Yusof.
- Seorang ibu tidak seharusnya merasa terabai apabila berada di situasi anak jadi mangsa dera si suami hingga memilih mendiamkan diri, ini berikutan kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan untuk membantu golongan ini.
- “Contohlah mungkin suami dia ditangkap masuk penjara atas kesalahan tersebut ataupun disebabkan sebarang kesalahan lain, kita ada bantuan JKM, ia boleh bantu memberi nafkah keluarga secara bulanan. Jika tiada tempat tinggal kami ada rumah perlindungan.”
- Bagi remaja berdepan suasana seperti ‘rumah tidak lagi selamat’ saya alu-alukan mereka untuk terus kepada JKM.
KUALA LUMPUR – Sekiranya seorang ibu mengetahui anaknya didera baik daripada seksual, emosi mahupun fizikal namun memilih untuk mendiamkan diri atau melindungi si pelaku, maka dia boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Peringatan itu diberikan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusof susulan beberapa siri kes penderaan melibatkan kanak-kanak dan remaja yang berlaku kebelakangan ini di mana terdapat juga kes yang membabitkan ahli keluarga khususnya si ibu memilih mendiamkan diri apabila si suami atau ayah adalah pelaku.
Jelasnya, individu yang bersikap ‘berpeluk tubuh’ daripada melaporkan kes penderaan kanak-kanak boleh dikenakan hukuman dan kewajipan terbabit selaras dengan pindaan Akta Kanak-Kanak 2001, yang diluluskan pada 2016.
Tambahnya, jika dari segi undang-undang perbuatan tersebut adalah salah begitu juga dari sudut agama Islam. Ini berikutan, kita tahu berlakunya kemungkaran namun memilih menyembunyikannya.
Ahli Parlimen Rantau Panjang itu turut berkata, sikap sedemikian sudah semestinya salah tambahan ia melibatkan anak si ibu itu sendiri, bagaimana pula dengan masa depan dan maruah anak tersebut jika dia teruskan membiarkan anak itu menjadi mangsa kepada bapa?
“Ibu ini dia perlu ada jati diri. Kerana itu kita di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengadakan pelbagai program berkaitan sokongan psikososial kepada wanita khususnya dengan melatih seramai 326,500 orang sukarelawan Skuad Waja seluruh Negara.
“Skuad WAJA adalah bertujuan untuk mendekati golongan-golongan suri rumah seperti ini bagi memberi nasihat dan sokongan psikososial supaya mereka tahu hak mereka kerana kadang-kadang mereka tidak tahu hak mereka dan seterusnya membantu mereka keluar dari masalah yang dihadapi,” katanya kepada The Merdeka Times.
Tegasnya, seorang ibu tidak seharusnya berasa takut atau terabai apabila berada di situasi anak menjadi mangsa dera si suami hingga memilih mendiamkan diri kerana khuatir tidak mampu hidup tanpa si suami, ini berikutan kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan untuk membantu golongan ini.
“Sebenarnya, dia tidak perlu rasa akan terabai. Contohlah mungkin suami dia ditangkap masuk penjara atas kesalahan tersebut ataupun disebabkan sebarang kesalahan lain, kita ada bantuan JKM, ia boleh membantu untuk memberi nafkah keluarga secara bulanan. Jika tiada tempat tinggal kami ada rumah perlindungan. Jadi jangan risau untuk melaporkan sebarang kejadian kepada pihak berkuasa.”
Pada masa sama, beliau turut mengingatkan masyarakat agar memberi kepercayaan kepada kerajaan kerana kerajaan berusaha untuk memberi yang terbaik kepada rakyat Malaysia.
Dalam pada itu, beliau berkata, “Bagi remaja berdepan suasana seperti ‘rumah tidak lagi selamat’ saya harap sangat mereka untuk segera melaporkan kepada pihak polis atau JKM terdekat kerana kita ada pegawai pelindung yang akan membawa mangsa untuk keluar segera sekiranya rumah itu tidak selamat untuk mereka dan kita boleh pelihara dia di rumah perlindungan kanak-kanak dibawah JKM.”
“Jika mereka berumur atas 18 tahun, kami mempunyai Rumah Perlindungan Wanita di bawah Jabatan Pembangunan Wanita bagi melindungi mereka sekiranya berdepan dengan masalah seperti jenayah Seksual atau Keganasan Rumahtangga.”
Beliau juga menambah bahawa, kebanyakan kes penderaan terutamanya penderaan seksual yang diterima oleh kementerian dan PDRM berpunca daripada keluarga yang bermasalah, kebiasaannya bapa terlibat dalam penagihan dadah, pengaruh alkohol dan juga isu suami isteri seperti penceraian.
Justeru, Datuk Zailah berterusan mengingatkan agar mana-mana pihak khususnya ahli keluarga yang mengetahui berlakunya kes penderaan melibatkan kanak-kanak perlu segera melaporkan kepada pihak berkuasa. – The Merdeka Times
Komuniti
Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong
Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.
- Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.
- Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
- Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.
- “Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.
- “Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.
KUALA LUMPUR – Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.
Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.
“Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.
“Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.
Firdaus Wong berkata sahabatnya itu berkelayakan jurusan pengajian Islam dari Universiti Maghribi dan sangat aktif dalam bidang dakwah, khususnya penulisan dalam bidang hadis, maqasid syariah dan sejarah Islam.
Malah, katanya, Mohd Fikri telah menghasilkan lebih 20 buku dan pernah menjadi kolumnis dalam beberapa majalah.
“Namun hasratnya untuk meneruskan usaha dakwah itu terhenti disebabkan penyakit yang dialaminya,” kata Firdaus Wong.
Mana-mana pihak ingin membantu usaha dakwah dan kebajikan MRM, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun MAYBANK 5648 1052 0353 (Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor). — The Merdeka Times
Sumber: Facebook
-
Terkini4 days ago
Kezaliman, fasisme ambil alih jika kaum majoriti memerintah negara kenyataan fitnah, melampau — Presiden WAFIQ
-
Kolumnis2 days ago
Kenapa negeri lain perlu memasukkan kuasa Mahkamah Syariah di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri?
-
Terkini3 days ago
China tuntut Malaysia segera hentikan aktiviti di perairan kaya minyak berhampiran Sarawak
-
Terkini3 days ago
Kezaliman, fasisme berlaku jika ‘tangan’ majoriti perintah negara kenyataan fitnah berniat jahat – MP PKR