Antarabangsa
Erdogan gesa hak berhijab dimasukkan dalam perlembagaan
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menggesa pindaan perlembagaan bagi menjamin hak memakai tudung bagi wanita. Tindakan itu dibuat selepas parti pembangkang utama Parti Rakyat Republikan (CHP), mengemukakan draf undang-undang berhubung isu itu pada 4 Oktober.
- Parti pembangkang Turki mengemukakan draf undang-undang mengenai isu pemakaian hijab.
- Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata isu hijab tidak sepatutnya timbul kerana perkara itu sudah diselesaikan sejak 2013.
- Erdogan berkata jika benar mahu menyelesaikan isu ini, ia sepatutnya dilakukan di peringkat perlembagaan.
- Selain itu, Erdogan menjelaskan yang jika ada masalah tentang isu hijab kini, ia hanya kerana mentality dan fasisme CHP sendiri.
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menggesa pindaan perlembagaan bagi menjamin hak memakai tudung bagi wanita. Tindakan itu dibuat selepas parti pembangkang utama Parti Rakyat Republikan (CHP), mengemukakan draf undang-undang berhubung isu itu pada 4 Oktober.
Pemimpin CHP Kemal Kılıçdaroğlu telah membuat pengumuman itu di akaun media sosialnya melalui video pada 3 Oktober.
Mengulas mengenai pengumuman Kılıçdaroğlu, Erdoğan berkata, “Jika anda jujur dan berazam menyelesaikan isu tudung yang merupakan hak asasi manusia, mari kita berikan penyelesaian di peringkat perlembagaan, bukan undang-undang,”.
Mengulas lanjut, Erdogan berkata “Terus terang, kami sukar memahami mengapa orang ini (Kılıçdaroğlu) memberi tawaran sebegitu. Kerana kita telah menyelesaikan isu yang pernah mencapai tahap penganiayaan ini. Adakah terdapat isu ini lagi di universiti atau peringkat pendidikan lain di negara kita pada masa ini? Tidak. Adakah terdapat isu sebegini mengenai semua saudara perempuan kita, daripada hakim kepada pendakwa raya, ahli akademik, pegawai dan polis, yang kini bekerja di sektor awam atau swasta di negara kita? Tidak.”
“Jika ada isu memalukan seperti isu tudung pada masa lalu, ia adalah kerana mentaliti CHP dan fasisme CHP.” Itu kata Erdogan ketika mesyuarat kumpulan parlimen Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP)
Sejak 2013, wanita Turki telah dibenarkan untuk bertudung ketika bertugas di perkhidmatan awam dan pejabat kerajaan berikutan kerajaan Erdogan telah melonggarkan peraturan tatacara pemakaian yang telah dilaksanakan selama beberapa dekad di negara itu.
Kini, terdapat dakwaan oleh tokoh AKP bahawa CHP akan melarang semula tudung jika memenangi pilihan raya umum yang dijadualkan berlangsung pada Jun 2023.
Reference: Duvar English
Antarabangsa
Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
- Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
- Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
- Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.
Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.
Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
-
Antarabangsa2 days ago
Turkiye sekat akses Discord