Connect with us

Terkini

DAP bakal bertanding di kawasan majoriti Melayu

Setiausaha Agung  Democratic Action Party (DAP) Anthony Loke Siew Fook berkata bahawa parti itu akan bertanding di kawasan yang mempunyai majoriti pengundinya adalah melayu ketika Pilihan Raya Umum (PRU15) akan datang. 

Wartawan TMT

Published

on

DAP bakal bertanding di kawasan majoriti Melayu
Foto: Anthony Loke Siew Fook.
  • DAP akan bertanding di kawasan yang mempunyai majoriti pegundinya adalah melayu ketika Pilihan Raya Umum (PRU15) akan datang.
  • Jumlah pertambahan kerusi yang akan ditandingi DAP itu akan diumumkan selepas mendapat kelulusan daripada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).
  • Perkara itu akan dirundingkan serta ada pertambahan kerusi untuk DAP di Perak.

KUALA LUMPUR –  Setiausaha Agung  Democratic Action Party (DAP) Anthony Loke Siew Fook berkata bahawa parti itu akan bertanding di kawasan yang mempunyai majoriti pengundinya adalah melayu ketika Pilihan Raya Umum (PRU15) akan datang. 

Menurutnya, jumlah pertambahan kerusi yang akan ditandingi DAP itu akan diumumkan selepas mendapat kelulusan daripada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

“Perkara ini kita telah rundingkan, memang ada pertambahan kerusi untuk DAP di negeri ini cuma kerusi mana dan jumlahnya, itu kita biarkan dahulu untuk diumumkan secara bersama, kita tidak mahu membuat pengumuman secara persendirian.

“Saya tidak mahu membuat apa-apa pengumuman secara persendirian, kita menghormati proses perundingan kerusi, bahawa apa kerusi yang ditandingi itu akan diumumkan secara bersama oleh semua pimpinan PH, cukup sekadar saya katakan kita akan bertanding kerusi tambahan di Perak,” katanya lapor Utusan.

Beliau berkata DAP ada potensi untuk menang dengan menyasarkan lebih banyak bilangan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang akan ditandingi.

“Keseluruhannya di Perak ada 24 kerusi Parlimen, 24 kerusi ini ada potensi kita boleh menang. Penyandangnya yang terdiri daripada Ahli Parlimen PH ada 13 kerusi yang kita menang pada PRU 14, termasuk Parlimen Tambun,” katanya selepas merasmikan Konvensyen DAP Perak, Ahad lalu.

“Jadi kerusi-kerusi yang belum dimenangi oleh PH ini terbuka untuk dirundingkan terutama yang ditandingi oleh Bersatu sebelum ini. 

Advertisement

“Untuk peringkat DUN Perak juga kita berhasrat ada pertambahan tetapi perkara itu masih dalam perundingan lagi,” katanya.

Untuk rekod, DAP berjaya membuka cawangan Melayu terbesar di Perak yang terdiri dari 313 orang ahli-ahli Melayu terutamanya kawasan DAP Parit yang merupakan kawasan hampir 100% penduduknya merupakan orang Melayu.

Sumber: Utusan

Author

Terkini

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

A.R. Khan

Published

on

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Foto: Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo.
  • Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
  • Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
  • Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
  • “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
  • Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.

Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi  Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.

Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.

“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.

Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.

Advertisement

Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.

Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel. 

Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending