Connect with us

Komuniti

Dakwa keturunan Rasulullah, pihak berkuasa perlu siasat

Pihak berkuasa perlu menyiasat individu yang mendakwa dirinya berketurunan Nabi Muhammad SAW bagi memastikan kesahihan dakwaan itu sama ada menerusi dokumen yang asli atau dengan penyaksian pihak yang boleh dipercayai.

Wartawan TMT

Published

on

Dakwa keturunan Rasulullah, pihak berkuasa perlu siasat
Foto: Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.
  • Pihak berkuasa perlu menyiasat individu yang mendakwa dirinya berketurunan Nabi Muhammad SAW.
  • Ia bagi memastikan kesahihan dakwaan itu sama ada menerusi dokumen yang asli atau dengan penyaksian pihak yang boleh dipercayai.
  • “Saya harap pihak berkuasa agama seperti JAKIM dan jabatan agama boleh menyiasat latar belakang individu mendakwa dirinya berketurunan Rasul,” – Mufti Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Pihak berkuasa perlu menyiasat individu yang mendakwa dirinya berketurunan Nabi Muhammad SAW bagi memastikan kesahihan dakwaan itu sama ada menerusi dokumen yang asli atau dengan penyaksian pihak yang boleh dipercayai.

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata memang ada keraguan dan penipuan boleh berlaku di mana-mana serta dalam pelbagai bentuk dan cara termasuk dakwaan oleh individu tertentu konon dirinya berketurunan Nabi Muhammad.

“Saya harap pihak berkuasa agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan agama boleh menyiasat latar belakang individu yang mendakwa dirinya berketurunan Rasul yang mulia, malah Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta kedutaan Malaysia di negara individu berkenaan boleh diminta memberi bantuan dalam hal ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, tular seorang individu yang mendakwa dirinya keturunan ke-38 Nabi Muhammad tiba di Malaysia bagi menyampaikan ceramah bersempena sambutan Maulidur Rasul.

Bagaimanapun, difahamkan program individu dikenali sebagai Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi gagal mendapatkan kelulusan daripada beberapa jabatan agama negeri seperti Kedah, Terengganu dan Kelantan sehingga menyebabkan ia terpaksa dibatalkan.

Sementara itu, Wan Salim berkata umat Islam juga tidak boleh memberi reaksi tergesa-gesa dan taksub sama ada menyokong atau menolak seseorang yang mendakwa berketurunan Rasulullah SAW.

“Cuma kita perlu tahu dan faham bahawa di dalam pertimbangan Islam, keturunan yang mulia bukan kriteria bagi kemuliaan. Seorang hamba abdi yang beriman dan taat kepada Allah dan Rasul adalah lebih mulia daripada seorang berketurunan Rasul tetapi jahat dan munafik,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya difahamkan penganjur program yang melibatkan Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi di Universiti Sains Malaysia (USM) sebelum ini tidak memohon kebenaran daripada pihak berkuasa agama Islam di Pulau Pinang.

“Saya juga difahamkan mana-mana pihak yang ingin membawa masuk penceramah agama dari luar negara dikehendaki mendapat kebenaran pihak Jakim dan polis terlebih dahulu.

“Sebenarnya saya memang dijemput hadir di majlis tersebut. Pada mulanya saya jawab akan hadir tetapi telah membatalkannya setelah mendapat maklumat yang meragukan mengenai figura warga Maghribi tersebut,” katanya.

Sumber: Bernama

Author

Komuniti

Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong

Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

Hanani Zulkifli

Published

on

Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong
Foto: Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung (kiri), & Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri (kanan hujung).
  • Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.
  • Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
  • Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.     
  • “Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.
  • “Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.

KUALA LUMPUR – Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.     

“Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.

“Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.

Firdaus Wong berkata sahabatnya itu berkelayakan jurusan pengajian Islam dari Universiti Maghribi dan sangat aktif dalam bidang dakwah, khususnya penulisan dalam bidang hadis, maqasid syariah dan sejarah Islam.

Malah, katanya, Mohd Fikri telah menghasilkan lebih 20 buku dan pernah menjadi kolumnis dalam beberapa majalah.

“Namun hasratnya untuk meneruskan usaha dakwah itu terhenti disebabkan penyakit yang dialaminya,” kata Firdaus Wong. 

Mana-mana pihak ingin membantu usaha dakwah dan kebajikan MRM, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun MAYBANK 5648 1052 0353 (Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor). — The Merdeka Times

Sumber:  Facebook

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending